web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Kelantan Perlu Bentang Ke Mana Bantuan Kewangan Mangsa Banjir Diagih

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jan 2023 3:58PM

Selain membentangkan laporan terperinci mengenai agihan bantuan mangsa banjir, kerajaan negeri Kelantan juga harus melaporkan secara terperinci, pelan jangka masa panjang berhubung usaha mengurangkan risiko banjir. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Kelantan digesa membentangkan laporan terperinci mengenai agihan bantuan mangsa banjir di negeri berkenaan yang diterimanya daripada Kerajaan Persekutuan, Selangor dan Kedah.

Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kelantan, Mohd Syahiran Muhammad berkata, ia susulan dana bantuan banjir disalurkan kepada Kelantan itu secara keseluruhan berjumlah RM50.7 juta.

“ABIM Kelantan menggesa kerajaan negeri membentangkan mekanisme dan prosedur rapi bagi memudahkan masyarakat awam memohon bantuan banjir.

“Wajar juga membentangkan laporan agihan bantuan banjir kepada awam melalui sidang media khas secara terperinci pada Mac 2023. 

“Ia perlu dilakukan untuk menunjukkan ke mana RM50.7 juta diterima itu disalurkan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Beliau berkata, kerajaan Kelantan juga harus melaporkan secara terperinci, pelan jangka masa panjang berhubung usaha mengurangkan risiko banjir. 

Katanya, ia juga bagi membolehkan pelbagai pihak mengetahui perancangan kerajaan negeri dalam mengurangkan masalah itu.

Mohd Syahiran berkata, garis masa pelan tersebut perlu diperincikan juga supaya rakyat mengetahui proses penambahbaikan dilakukan kerajaan negeri berkenaan. 

“Dengan jumlah bantuan banjir diberikan kepada kerajaan Kelantan, sudah pastinya akan melegakan mangsa banjir agar mereka dapat merancang serta membina semula kehidupan, selepas bantuan pasca banjir selesai,” katanya. 

Sehubungan itu, Mohd Syahiran merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang bertungkus-lumus membantu mangsa banjir. 

“Kami turut menitipkan jutaan terima kasih kepada rakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan yang turun ke lapangan membantu mangsa banjir di negeri berkenaan, seperti turut dilakukan ABIM Kelantan sendiri,” katanya. 

Anwar ketika melawat mangsa banjir di Kelantan, baru-baru ini. - Gambar fail
Anwar ketika melawat mangsa banjir di Kelantan, baru-baru ini. - Gambar fail

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan segera RM50 juta, masing-masing kepada Kelantan dan Terengganu yang terjejas banjir.

Jelasnya, bantuan tersebut diluluskan kerana banjir yang berlaku adalah lebih buruk daripada biasa.

Kerajaan Selangor juga prihatin menghulurkan sumbangan RM500,000, masing-masing kepada Kelantan dan Terengganu, bagi pengurusan banjir.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Selangor bersimpati dengan nasib menimpa rakyat di dua negeri berkenaan yang dilanda musibah banjir.

Pada masa sama, kerajaan Kedah menyumbangkan bantuan kewangan RM200,000 kepada dua negeri sama, seperti dimaklumkan Menteri Besarnya, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Ujarnya, sumbangan itu adalah bagi membantu meringankan beban mangsa berdepan banjir di negeri pantai timur berkenaan. - Getaran, 2 Januari 2023.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 7 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 13 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula