web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kerajaan Timbang Beri Vaksin Pfizer Pada Remaja 12 Tahun

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2021 3:23PM

Muhammad Sanusi bersama Khairy di sidang akhbar selepas Mesyuarat Badan Bertindak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Peringkat Negeri Kedah.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Kerajaan bersedia menimbangkan kemungkinan pemberian vaksin jenis Pfizer kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sekiranya mendapat pengesahan mengenai tahap keselamatan serta kesannya terhadap golongan berkenaan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, syarikat tersebut kini sedang menjalankan ujian klinikal terhadap remaja berusia 12 hingga 15 tahun, dengan data-datanya akan diserahkan kepada Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) dalam masa terdekat.

Katanya, maklumat sama akan turut dihantar kepada kepada Agensi Regulatori Farmaseutikal Kebangsaan (NPRA) selepas segala urusan berkaitan selesai.

“Kalau selamat dan sesuai, kita akan masukkan golongan itu sebagai penerima vaksin selepas ini. Setakat ini, cuma Pfizer saja yang mempunyai data ujian klinikal untuk golongan umur berkenaan.

“Sekarang ini pun, kebanyakan vaksin yang kita tempah adalah dari Pfizer dan kita mungkin boleh minta lebih daripada syarikat tersebut untuk menampung keperluan golongan berusia antara 12 hingga 17 tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas turut serta dalam Mesyuarat Badan Bertindak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Peringkat Negeri Kedah bersama Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Getaran sebelum ini melaporkan mengenai kebimbangan ibu bapa terhadap kemunculan Kluster Pendidikan yang menyebabkan sekolah di beberapa buah negeri terpaksa ditutup bagi mengekang penularan Covid-19.

Khairy yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) berkata, beliau bagaimanapun merasakan, pemberian vaksin kepada golongan tersebut bagaimanapun tidak akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Saya tak rasa perkara ini dapat dilaksanakan dalam tempoh dua atau tiga bulan ini kerana Pfizer sendiri mungkin memerlukan masa untuk menilai hasil ujian dan data klinikal yang mereka perolehi,” ujarnya.  

Sementara itu katanya, kalangan guru di negara ini akan turut diberi keutamaan untuk mendapatkan suntikan vaksin dalam fasa kedua PICK, yang sedang berlangsung.

Menurutnya, pihaknya telah menerima sebanyak 460,116 senarai nama guru dalam sektor pendidikan awam dan swasta yang sudah berdaftar, untuk diberikan tarikh janji temu bagi menerima suntikan tersebut.

“Selain itu di Kedah ini juga saya telah meminta Menteri Besar untuk memberi maklumat berkaitan guru-guru sekolah pondok supaya mereka dapat turut segera divaksin,” katanya. - Getaran, 26 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Harga Lembu Korban Di Kedah Kekal Antara RM750-RM800 1 Bahagian

2

Kisah Kita 2 minggu yang lalu

Dulu Hantar Anak Ke Pejabat Agama, Kini Ibu Ayah Terbuka Hati Peluk Islam

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Umum Projek: ‘Saya Tak Pernah Rugikan Kerajaan 1 Sen Pun’ - MB

4

Sukan 1 bulan yang lalu

KDA FC Masih Tiada Penaja Utama

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

Sukan 1 hari yang lalu

Selangor FC Akan Fail Rayuan Rasmi Kepada MFL

Semasa 2 jam yang lalu

3 Maut, 4 Parah Traktor Pekerja Ladang Jatuh Gaung

Semasa 1 hari yang lalu

Norjuma Dikenakan Waran Tangkap Tidak Hadir Prosiding Sebutan Kes