web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bantuan Musim Tengkujuh Berjumlah RM9.7 Juta Untuk Peneroka Tanaman Getah FELDA

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2023 1:42PM

Setiap peneroka akan menerima bantuan RM800, yang akan disampaikan menerusi tiga fasa. - Gambar hiasan Pixabay

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan menyalurkan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) berjumlah RM9.7 juta kepada 12,138 peneroka tanaman getah Felda yang layak di seluruh negara, antara bulan Januari dan Mac ini. 

Jabatan Komunikasi Strategik Felda dalam kenyataan hari ini berkata setiap peneroka berkenaan akan menerima bantuan RM800, yang akan disampaikan menerusi tiga fasa, dengan fasa pertama pada bulan ini, manakala fasa kedua bulan depan, dan fasa ketiga pada bulan Mac.

Menurutnya bayaran fasa pertama dan kedua masing-masing melibatkan nilai RM300 manakala fasa ketiga RM200, dan semua bayaran ini akan dibuat secara terus ke akaun bank peneroka terlibat.

Peneroka tanaman getah yang layak menerima bantuan ini terdiri daripada mereka yang menghantar hasil ke pusat mengumpul getah Felda, mereka yang tiada hasil kerana isu buruh atau serangan penyakit pokok getah serta mereka yang sedang dalam tempoh tanam semula bersama Felda.

"Bantuan ini diharap dapat meringankan beban peneroka tanaman getah yang terjejas ketika musim tengkujuh serta mencerminkan komitmen Felda untuk terus memberikan bantuan secara bersasar kepada kategori peneroka yang terkesan" menurut kenyataan itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Subsidi Diesel Perlu Dilaksana, Elak Salah Guna Golongan Maha Kaya, Warga Asing - PM

2

Semasa 3 bulan yang lalu

PM Sumbang 35 Ekor Lembu Kepada 11 Wilayah Felda Sempena Aidiladha

3

Luar Negara 6 bulan yang lalu

UK Beri Amaran Kebuluran Di Gaza, Hantar Kapal Tentera Laut Bawa Bantuan

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Tekanan Antarabangsa Meningkat Paksa Israel Buka Laluan Ke Gaza

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut