web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Netizen Indonesia ‘Kecanduan’ Suara PM, Kenapa Suara Bapak Tampan Sekali? 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jan 2023 1:19PM

Tiada siapa menyangka suara Perdana Menteri Kesepuluh, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengangkat sumpah pada 24 November lalu viral di Indonesia dan Malaysia - Gambar Fail dan tangkapan layar video TikTok

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Tiada siapa menyangka suara Perdana Menteri Kesepuluh, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengangkat sumpah pada 24 November lalu viral di Indonesia dan Malaysia.

Suara bernada rendah dimiliki Anwar itu menggamit perhatian pengguna TikTok @nabileus yang bertanya, mengapa beliau kendengaran begitu tampan (kenapa suara bapak tampan sekali). 

Video berkenaan dimuat naik pada 15 Disember lalu.

“Baru kali ini candu dengarin orang bersumpah (ini kali pertama saya ketagih mendengar suara seseorang mengangkat sumpah),” katanya menerusi video itu yang menerima 3.5 juta tontonan, 496 komen, 395,300 tanda suka dan 511 perkongsian.

Menerusi video berkenaan, gadis ayu itu dilihat begitu teruja dan menggerakkan bibir untuk mengulangi ayat pertama diucapkan Perdana Menteri iaitu “Saya, Anwar bin Ibrahim, setelah dilantik memegang jawatan sebagai Perdana Menteri dengan sesungguhnya bersumpah bahawa saya…”

Segelintir netizen memberitahu, mereka menjadikan klip berkenaan sebagai halwa telinga sebelum tidur.

Seorang lagi netizen, @1fruitsando turut berkongsi video sama pada 30 November lalu, yang memaparkan beliau mendengar sesi mengangkat sumpah itu, sambil tersenyum.

Video dimuat naik @1fruitsando itu menerima 346,000 tontonan, 35,200 tanda suka, 642 perkongsian dan 192 komen.

Sementara itu, @mr.peachfuzz memadankan klip video dengan petikan dari filem American Psycho, yang memaparkan aktor Christian Bale berjalan seperti seorang yang ‘menggerunkan’ dan berkata, itulah perasaannya setiap kali mendengar sesi mengangkat sumpah itu.

Video terbabit menerima 317,900 tontonan, 44,200 tanda suka, 270 komen dan 1,358 perkongsian. - Getaran, 8 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

‘Kami Tetap Teguh Walau Dikritik’ - Anwar

2

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perlu Anjakan Strategi Sektor Pelancongan - PM

3

Semasa 2 hari yang lalu

Program Matrikulasi: Kuota Bumiputera Tidak Berubah - PM

4

Semasa 2 hari yang lalu

Semua Lepasan SPM Dapat 10 A Ke Atas Berpeluang Ke Matrikulasi - PM

Sorotan

1

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

2

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

3

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

4

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

5

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Beli Rumah Dapat Kereta, Setiausaha Anggap Tuah Anak Baru Lahir 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Semakan Kehakiman: Mahkamah Tolak Permohonan Najib

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 22 jam yang lalu

Op Bersepadu JPJ: 3 Pemandu Bas Positif Dadah, 2 Memandu Tanpa Lesen

oleh Diyana Nawwar

Sukan 22 jam yang lalu

Agong Zahir Kata-Kata Semangat Untuk Kontinjen Olimpik, Paralimpik Negara