web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kanak-Kanak Lelaki Dijumpai Di Tepi Jalan Dengan Kesan Cedera

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jan 2023 7:05AM

Kanak-kanak dianggar berusia empat tahun dan tidak boleh bertutur dalam bahasa tempatan itu ditemukan seorang lelaki malam semalam. - Gambar hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak lelaki dijumpai duduk bersendirian di tepi jalan simpang tiga berhampiran Pangsapuri Cheras Utama, Batu 9, Cheras, di sini dengan kesan kecederaan di beberapa bahagian badan yang disyaki mangsa dera.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata kanak-kanak dianggar berusia empat tahun dan tidak boleh bertutur dalam bahasa tempatan itu ditemukan seorang lelaki pada 11.30 malam semalam.

Beliau berkata bertindak atas laporan, sepasukan polis tugas Ronda Cegah Jenayah Balai Polis Batu 9 telah menuju ke lokasi untuk pemeriksaan.

"Kanak-kanak itu dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut dan pemeriksaan terhadapnya gagal menemukan sebarang butiran atau dokumen pengenalan diri.

"Pemeriksaan polis mendapati terdapat kesan kecederaan di bahagian badan, tangan, jari dan dahi mangsa. Polis mengesyaki mangsa bukan warga tempatan kerana tiada sebarang kesan suntikan vaksin di bahunya," katanya dalam kenyataan malam ini.

Mohd Zaid berkata kanak-kanak itu dirawat di Hospital Kajang dan pemeriksaan awal pegawai perubatan mengesahkan keadaannya sihat dan stabil.

Beliau berkata satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana terdapat elemen penderaan dan pengabaian terhadap kanak-kanak.

"Polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan untuk menyalurkannya ke mana-mana balai polis atau menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Mohd Zaiyaudi Mohd Yaakub di talian 019-5355395," katanya sambil menambah kanak-kanak itu telah dibawa ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Hulu Langat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 jam yang lalu

Tragedi Cari Lokan: Kanak-Kanak Maut Terjatuh Tasik

2

Semasa 5 hari yang lalu

Lelaki Dera Anjing Pernah Viral, Baling Kerusi Ke Arah Pelatih

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Warga Asing Guna Ubat 'Tidurkan' Kanak-Kanak Untuk Mengemis

4

Semasa 2 minggu yang lalu

15 Tukang Urut Warga Asing Dicekup Dalam Serbuan Di Cheras

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Suami Isteri, Anak Nyaris Lemas Kereta Terhumban Dalam Sungai

Semasa 2 jam yang lalu

Tragedi Cari Lokan: Kanak-Kanak Maut Terjatuh Tasik

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Rugi Lebih RM200,000 Terpedaya Skim Pelaburan Tidak Wujud

Semasa 36 minit yang lalu

Allahyarham Mansor Puteh Pernah Derma Darah 631 Kali