web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ops Terjah: KPDN Yakin Kekurangan Minyak Masak Peket, Bekalan Asas Diatasi Segera

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 29 Jan 2023 10:12PM

KPDN sudah mengenalpasti pembekal minyak masak bersubsidi di seluruh negara dan usaha itu dicapai ketika pihaknya melaksanakan Ops Terjah bermula 16 Disember tahun lepas hingga 15 Januari lalu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sudah mengenalpasti pembekal minyak masak peket bersubsidi di seluruh negara dan mewujudkan jaringan berterusan bersama pembungkus produk bahan asas itu, bagi menambah bekalannya di pasaran.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, usaha dicapai ketika pihaknya melaksanakan Ops Terjah bermula 16 Disember tahun lepas sehingga 15 Januari lalu itu juga, mampu mengurangkan impak susulan masalah bekalan minyak masak kepada pengguna.

“Isu bekalan gula dan tepung gandum juga dilihat tidak kritikal sepanjang tempoh pelaksanaan itu,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Salahuddin Ayub
Salahuddin Ayub

Dalam pada itu, mengulas mengenai bekalan telur ayam, Salahuddin berkata, produk keperluan harian tersebut sudah diterima semula di beberapa negeri dalam tempoh lebih singkat.

“Bekalan telur ayam gred A, B dan C di premis runcit di beberapa negeri di seluruh negara sudah diterima semula dalam tempoh lebih singkat, (iaitu) kurang daripada tiga hari.

“Bagi isu bekalan ayam pula, tiada premis runcit dilaporkan mengalami gangguan bekalan.

“Isu bekalan gula dan tepung gandum juga dilihat tidak kritikal sepanjang tempoh pelaksanaan,” katanya.

Terdahulu, Salahuddin memaklumkan KPDN melaksanakan Ops Terjah selama sebulan bagi usaha mengenalpasti masalah bekalan dan isu harga barangan asas dihadapi rakyat ketika ini.

Beliau berkata, Ops Terjah juga adalah usaha yang membolehkan kementerian itu memeriksa dan memantau masalah tersebut di premis seperti pasar awam, pasar mini, kedai runcit, gerai penjaja kecil serta kedai makan.

Menurutnya, pelaksanaan itu juga bagi mengenal pasti zon atau kawasan terjejas dengan bekalan dan harga mengikut tahap keseriusannya, selain mencari punca utama isu rantaian bekalan serta harga barangan keperluan asas di negara ini.

“Secara keseluruhannya, pelaksanaan OPS TERJAH dilankan KPDN mendapat maklum balas dan sambutan baik daripada orang ramai.

“Pendekatan secara holistik dengan jalinan kerjasama dan penambahbaikan dilaksanakan bersama-sama kementerian, jabatan serta agensi berkaitan juga, merupakan antara faktor isu gangguan bekalan dihadapi dapat diatasi dengan segera” katanya. - Getaran, 29 Januari 2023.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 18 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 11 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan