web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Menu Rahmah Murah, Sedap Dan Menyelerakan - Pelanggan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2023 6:56PM

Fatiehah Jaafar membeli makanan Menu Rahmah yang dijual di Pasar Raya Besar Mydin Tunjong di sini hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Murah, sedap dan menyelerakan. Itu antara reaksi pelanggan pada hari pertama Program Menu Rahmah di Pasar Raya Mydin Tunjong, dekat sini hari ini.

Pelanggan Norizan Arifin, 63, dari Pasir Tumboh berkata menu yang disediakan bukan sahaja seimbang, malah mampu dibeli oleh golongan berpendapatan rendah.

“Harga yang ditawarkan pula adalah berpatutan, hidangannya segar dan amat menyelerakan. Program ini amat baik malah berbaloi bagi mereka yang mempunyai jumlah ahli keluarga yang ramai,” katanya kepada Bernama ketika ditemui hari ini.

Tinjauan Bernama mendapati pelanggan beratur panjang di kaunter Menu Rahmah pasar raya berkenaan untuk mendapatkan makanan tengah hari.

Bagi Fatiehah Jaafar, 34, dari Pasir Mas pula berkata tawaran itu jelas meringankan beban rakyat yang berhasrat mendapatkan pilihan makanan yang sihat dan seimbang.

“Bagi saya menu makanan tengah hari iaitu nasi putih, lauk dan air mineral ini berpatutan harganya serta boleh mengenyangkan,” katanya.

Sementara itu Pengurus Cawangan Pasar Raya Mydin Tunjong, Nor Rashid Suratman berkata Menu Rahmah ditukar setiap hari bagi memberikan pilihan kepada pelanggan.

“Sebagai contoh pada hari Rabu kita sediakan menu nasi putih, lauk ayam goreng kunyit, bayam goreng serta sebotol air mineral. Alhamdulillah sambutan pada hari pertama Menu Rahmah diperkenalkan di sini amat menggalakkan ,” katanya.

Semalam Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata orang ramai kini boleh menikmati makanan tengah hari dan malam masing-masing pada harga RM5 di hampir 15,000 premis makanan di seluruh negara melalui Program Menu Rahmah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Ada Diskaun Istimewa Untuk Penjual Menu Rahmah’ - Mydin

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 2 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka