web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


ASF Di Pulau Pinang Merebak Ke Daerah Barat Daya, 62,197 Babi Dijangkit Setakat Ini

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 03 Feb 2023 6:17PM

Penyakit African Swine Fever (ASF) atau demam babi Afrika kini telah merebak ke daerah Barat Daya Pulau Pinang, menyebabkan tiga lagi ladang ternakan babi ditutup - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Penyakit African Swine Fever (ASF) atau demam babi Afrika kini telah merebak ke daerah Barat Daya Pulau Pinang, menyebabkan tiga lagi ladang ternakan babi ditutup.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata sehingga semalam 27 ladangan ternakan babi di Pulau Pinang telah dikesan dijangkiti ASF membabitkan 62,197 ekor babi.

"Setakat ini, jumlah pecahan ladang yang dijangkiti ASF ialah 18 ladang di daerah Seberang Perai Selatan, dua ladang di Seberang Perai Tengah, empat ladang di Seberang Perai Utara dan tiga di Barat Daya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata antara faktor yang menyebabkan penyakit ASF ini merebak ke ladang lain adalah pengerakan pengangkutan dan setakat ini, 11,943 ekor babi telah dimusnahkan dari ladang-ladang positif yang dikenal pasti.

Katanya kerja-kerja pemusnahan masih giat dijalankan bagi mengekang penularan penyakit manakala bangkai babi yang dilupuskan ditanam di satu kawasan yang jauh dari penempatan awam dan tiada pembangunan bagi memastikan tidak berlaku kacau ganggu kepada orang awam.

Chow berkata Pulau Pinang bagaimanapun tidak akan menghadapi masih kekurangan bekalan untuk penggunaan sendiri kerana negeri ini merupakan negeri pengeksport daging babi ke negeri lain.

Menurutnya berdasarkan bancian tahun 2022 oleh JPV Pulau Pinang, terdapat 124 ladang babi di empat daerah di Pulau Pinang dengan populasi keseluruhan sebanyak 267,348 ekor. 

"Setakat ini, Pulau Pinang masih mempunyai lebih 90 ladang ternakan babi yang tidak dijangkiti penyakit dan masalah kekurangan bekalan daging babi di pasaran tidak akan berlaku," katanya.

Beliau berkata Pulau Pinang mempunyai kekuatan 170 petugas daripada pelbagai agensi untuk menguruskan penularan wabak ini.

Chow turut memohon penternak serta orang awam supaya segera melaporkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri, Daerah, atau hubungi Hotline Bilik Pengurusan Krisis Penyakit JPVPP dengan menelefon 04-5041047 sekiranya mengesan kematian babi hutan, babi kampung atau babi komersil. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Sindiket Pengedaran Jus Dadah Lumpuh, Pelbagai Jenis Dadah Lebih RM500,000 Dirampas

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Lelaki Maut X50 Langgar Pembahagi Jalan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Sindiket Dadah Tumpas, 4 Lelaki Ditahan Bersama Dadah RM178,500

4

Semasa 2 bulan yang lalu

4 Rumah Musnah Dalam Kebakaran

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 2 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 16 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah