web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Thaipusam: Polis Jangka Lebih 300,000 Pengunjung Di Batu Caves

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2023 12:55PM

S Sasikala Devi (dua kiri) menasihatkan pengunjung yang hadir di Batu Caves agar tidak meletakkan kenderaan di tepi jalan kerana ia akan mengganggu laluan pergerakan pedati. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menjangkakan lebih 300,000 pengunjung berada di Batu Caves di sini, sempena perayaan Thaipusam, bermula petang ini hingga esok.

Menurut Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi, ini berikutan pihak kuil di Batu Caves memaklumkan kepada polis bahawa pengunjung akan lebih ramai apabila ketibaan pedati petang ini.

“Sejak semalam ramai pengunjung berulang-alik ke Batu Caves dan dijangkakan bertambah sehingga hari kejadian (kemuncak sambutan Thaipusam esok).

“Setakat hari ini, keadaan di Batu Caves terkawal dan teratur, kecuali lalu lintas yang agak sesak,” katanya pada sidang media selepas meninjau persiapan perayaan Thaipusam hari ini.

Mengulas mengenai penugasan polis di Batu Caves, beliau berkata seramai 1,888 pegawai dan anggota polis ditempatkan di Batu Caves sepanjang sambutan Thaipusam.

Sasikala menasihatkan pengunjung yang hadir di Batu Caves agar tidak meletakkan kenderaan di tepi jalan kerana ia akan mengganggu laluan pergerakan pedati.

“Setakat ini, kami hanya mengeluarkan saman kepada kenderaan pengunjung yang menghalang laluan ke Batu Caves,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

PM Gesa Tindakan Tegas Terhadap Pihak Lakukan Kekacauan

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Fitnah MCMC, PDRM: Laporan Polis Dibuat Terhadap Murray Hunter

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Lelaki Disiasat, Muat Naik Hantaran Jelik Berkaitan Tragedi Helikopter TLDM

4

Semasa 6 bulan yang lalu

JMG Belum Terima Permohonan Ulasan Teknikal Restoran Dalam Gua Batu Kapur

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia