web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bahas Titah Diraja Secara Mendalam, Elak Cemuhan - Fahmi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Feb 2023 4:03PM

Fahmi Fadzil berkata Ahli Dewan Rakyat daripada kerajaan dan pembangkang perlu memanfaatkan sesi perbahasan Titah Diraja bagi membantu rakyat dan memajukan negara - Gambar Jabatan Penerangan Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli-ahli Parlimen diharap membahaskan secara mendalam titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 hari ini.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata Ahli Dewan Rakyat daripada kerajaan dan pembangkang perlu memanfaatkan sesi perbahasan Titah Diraja bagi membantu rakyat dan memajukan negara.

Beliau berkata Ahli Parlimen pembangkang boleh memberikan kritikan membina sebagai proses semak dan imbang pentadbiran kerajaan.

“Saya harap isi kandungan titah Tuanku dapat dicerakinkan, difahami secara mendalam dan dijadikan kupasan.

“Kita harap Ahli Parlimen dapat memainkan peranan dalam perbahasan, bukan untuk mencemuh, tetapi benar-benar memikirkan nasib rakyat, (bahas) dasar yang boleh membantu memajukan negara,” katanya kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen hari ini.

Fahmi berkata bagi perkara melibatkan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), aspek kesalinghubungan digital dan usaha mengemas kini Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 perlu menjadi antara perhatian Ahli Parlimen.

“Soal proses pendigitalisasi serta usaha meminda akta itu sememangnya antara perkara yang sedang diusahakan KKD,” katanya.

Terdahulu, Al-Sultan Abdullah bertitah aspek kesalinghubungan digital merupakan antara asas terpenting pembangunan sesebuah masyarakat dengan ekosistem digital.

Seri Paduka bertitah ke arah itu, Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) telah dibangunkan untuk mempercepat pembangunan infrastruktur digital negara supaya rakyat dapat menikmati peluang yang bakal diwujudkan oleh teknologi tersebut dan seterusnya menyokong agenda pembangunan ekonomi digital negara.

Mengikut takwim di laman rasmi Parlimen, persidangan Dewan Rakyat bermula hari ini hingga 30 Mac dengan sesi perbahasan Titah Diraja berlangsung selama lima hari bermula esok, sebelum sesi penggulungan perbahasan oleh Menteri pada 22 dan 23 Februari ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Fahmi Mahu Organisasi Media Berkaitan Segera Lunas Isu Tunggakan Gaji

2

Politik 1 minggu yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Tindakan Platform Media Sosial Kekang Jenayah Masih Lemah - Fahmi

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia