web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tular Pelajar Tahun Akhir 'Jahanam' Harta Sekolah, Ini Perangai Biadab

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2023 9:00PM

Video berdurasi 28 saat dan 58 saat itu merakamkan beberapa pelajar merosakkan harta sekolah hingga mendapat kecaman netizen. - Tangkap layar dari video tular di media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan sekumpulan pelajar sebuah sekolah menengah 'meraikan' penggal terakhir persekolahan dengan merosakkan pelbagai peralatan dan fasiliti sekolah mengundang kecaman daripada netizen di media sosial. 

Menerusi video berdurasi 28 saat dan 58 saat itu, beberapa pelajar dilihat menendang pintu sehingga pecah dan merosakkan kerusi sekolah.

Kumpulan pelajar terbabit juga turut dilihat merosakkan kipas dan pintu tandas, malah mereka dilihat seolah-olah berbangga melakukan perbuatan vandalism itu sambil bergelak ketawa.

Difahamkan kumpulan pelajar itu adalah pelajar tingkatan lima sebuah sekolah di Pulau Pinang. 

Rata-rata warga maya di media sosial menyifatkan tindakan mereka sebagai tidak mencerminkan didikan yang diajar di sekolah.

Salah seorang pelajar terbabit turut dirakamkan menendang pintu tandas. - Gambar dari media sosial
Salah seorang pelajar terbabit turut dirakamkan menendang pintu tandas. - Gambar dari media sosial

"Bangganya kamu dengan perbuatan bangang itu... adeh," luah Yaya Victory Yaya. 

"Pentingnya sistem pendidikan negara yang lebih memberatkan akidah, akhlak bagi membentuk belia kita menjadi anak muda bersifat murni.

"Malu dekat orang, negara kononnya maju, sistem pendidikan yang baik tapi hasilnya terencat perangai dan otak," kata pula Fuad Yusof. 

"Bila hari terakhir sekolah, automatik jadi monyet beruk. Bila dapat tangkap, mak ayah sibuk merayu anaknya itu baik suka tolong padahal perangai macam musibat," kata Azhar Amzah di Facebook. 

Dalam pada itu, netizen juga mengharapkan agar tindakan segera diambil oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memberi pengajaran kepada pelbagai pihak. 

"Kesian ahli keluarga, malu dengan perangai ini. Harap semuanya kena tangkap biar bagi pengajaran kepada mereka," kata Shirnice Arrisa. 

"PDRM, sila ambil tindakan, masukkan mereka ke (sekolah) Henry Gurney, sambung pelajaran mereka di sana," kata Samsul Badu. 

"Ini kalau tak tangkap budak ini habis sekolah, memang jadi pailang dan menyusahkan negara. PDRM tolong bertindak segera," tegas Nani Timan. - Getaran, 18 Februari 2023.




 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 19 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 13 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 13 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan