web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kementerian Pertahanan Dalam Fasa Akhir Muktamad Cadangan Penerusan Projek LCS

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 20 Feb 2023 11:40AM

Mohamad Hasan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan kini di peringkat akhir memuktamadkan cadangan penerusan projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) melalui penyediaan memorandum Jemaah Menteri yang akan dibentangkan dalam masa terdekat.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kementerian itu sedang melaksanakan penelitian khusus dan terperinci demi memastikan projek LCS dapat diteruskan bagi memperkasakan lagi sistem pertahanan dan perairan negara.

Menurut beliau, terdapat keperluan ia dilakukan berikutan ada parti komponen di dalam kerajaan perpaduan tidak bersetuju projek tersebut diteruskan.

“Projek ini sudah lama dihentikan sekitar awal tahun 2018 dan untuk meneruskan semula, banyak masalah operasi khususnya saman antara satu sama lain.

“Bagaimanapun, Alhamdulillah, isu itu dapat diselesaikan cuma satu lagilah (yang belum), iaitu menandatangani perjanjian penyelesaian antarabangsa dengan satu pihak penting.

“Ini bukan kerajaan terdahulu yang bersetuju (projek LCS). Kita akan bentangkan semula kepada Jemaah Menteri untuk kita teruskan projek dan apabila perjanjian antarabangsa dengan pihak ketiga diteruskan, Insya-Allah, tidak lagi melihat ke belakang dan memastikan projek LCS dapat diteruskan dan disiapkan pada masa hadapan,” katanya ketika pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Nordin Ahmad Ismail (PN-Lumut) meminta Kementerian Pertahanan menyatakan langkah ke hadapan mereka dalam mengatasi isu projek LCS untuk TLDM yang semakin meruncing yang mana ia menjejaskan perancangan Transformasi 15-to-5 TLDM.  

Dalam pada itu, Mohamad menegaskan, empat daripada enam syor yang disarankan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) telah diselesaikan oleh kementerian berkenaan.

“Tinggal lagi dua syor belum dilaksanakan iaitu laporan berkala kepada PAC dan Jawatankuasa Khas Parlimen yang masih belum dilakukan berikutan dua jawatankuasa itu belum lagi dilantik.

“Tujuh syor yang diberikan oleh PAC, namun kementerian hanya perlu mengambil tindakan terhadap enam sahaja, manakala satu adalah berkenaan siasatan yang perlu dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya.

Mengulas mengenai perolehan peluru berpandu anti kapal dan udara, Mohamad mengesahkan semua pelancar akan dipasang, namun status perolehan mengikut jadual yang dianggarkan berdasarkan status kapal LCS disiapkan.

“Peluru pandu di udara belum ada dalam kontrak, namun kita akan lakukan dan memerlukan kelulusan Kabinet supaya kita tahu pengilangan peralatan alatan (OEM) serta syarikat mana yang terbaik di samping sesuai digunakan TLDM untuk melengkapkan persenjataan kepada LCS.

“Justeru, perkasakan aset negara keutamaan kementerian dan kita harap kerajaan menyokong agar ini dapat dilakukan. Jangan pula persoalkan dengan siapa kita nak perang, kita kena sentiasa bersedia,” katanya. - Getaran, 20 Februari 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 14 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 20 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan