web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Menu Rahmah Cetus Gamat, 'Benda Tak Betul, Cuba Tengok Hansard Saya'

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 20 Feb 2023 5:24PM

Dewan Rakyat hari ini menjadi kecoh apabila Mohd Sany Hamzan (PH- Hulu Langat) mempersoalkan kenyataan Dr Halimah Ali (PN-Kapar) mengenai Menu Rahmah. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sidang Dewan Rakyat hari ini gamat seketika selepas Mohd Sany Hamzan (PH- Hulu Langat) membangkitkan semula kenyataan Dr Halimah Ali (PN-Kapar) bahawa Menu Rahmah berisiko mendedahkan rakyat dengan pelbagai penyakit, khususnya kanser dan autisme.

Kekecohan bermula apabila Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) mencelah perbahasan Datuk Azman Nasrudin (PN-Padang Serai) yang mempersoalkan berapa lamakah peniaga mampu bertahan sekiranya program itu dianjurkan oleh kumpulan terbabit dan berapa pula kos perbelanjaan sekiranya inisiatif berkenaan dilaksanakan kerajaan.

Mohd Sany tidak berpuas hati dengan perkara itu lalu bangun mempertikaikan di manakah Dr Halimah mendapat fakta bahawa Menu Rahmah boleh menyebabkan kanser dan autisme.

Mohd Sany Hamzan - Gambar fail
Mohd Sany Hamzan - Gambar fail

“(Ahli Berhormat) Kapar membawa fitnah dalam dewan yang mulia, buat cerita tidak betul. Di manakah dia dapat kata Menu Rahmah menyebabkan kanser dan autisme,” soalnya ketika mencelah perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.

Kata-kata itu menyebabkan Dr Halimah bangun mencelah dan meminta kenyataannya didengar semula kerana apa yang dinyatakan Mohd Sany tidak tepat.

 Dr Halimah Ali - Gambar dari Facebook
Dr Halimah Ali - Gambar dari Facebook

“Benda yang dikatakan (Hulu Langat) tidak betul, cuba tengok hansard saya. Tiada pun Menu Rahmah saya kata menyebabkan kanser,” katanya.

Mohd Sany bagaimanapun tetap cuba bangun dan mengulangi pendiriannya bahawa kenyataan Dr Halimah adalah fitnah politik daripada Perikatan Nasional (PN) sebagai usaha untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Satu dunia melihatnya, sebab itu mereka ini tak faham (konsep Menu Rahmah). Ini suatu fitnah jelas daripada PN,” katanya.

Kenyataan Mohd Sany menyebabkan Awang mencabar kerajaan membawa perkara itu ke mahkamah sekiranya ia adalah berita palsu daripada pembangkang.

“Pergi makan ubat dahulu Hulu Langat…kalau tuduh fitnah, sekiranya berani saya cabar di luar (mahkamah),” katanya.

Kekecohan itu menyebabkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul tidak membenarkan lagi Ahli Dewan Rakyat untuk mencelah.

Beliau meminta Azman mengalihkan perbahasan kepada isu lain antaranya isu tempatan melanda Kedah bagi meredakan keadaan.

 Johari Abdul
Johari Abdul

“Padang Serai, jangan bagi sesiapa lagi, tolong gulung… bawa pula isu lain, panjang sangat dah isu (Menu Rahmah),” katanya. 

Terdahulu, Dr Halimah dilaporkan menyuarakan kebimbangan bahawa penyediaan makanan yang berharga rendah untuk Menu Rahmah tidak sepatutnya sehingga menyebabkan golongan kurang berkemampuan mendapat hidangan yang bermutu rendah.

Beliau dilaporkan berkata, pihaknya tiada masalah dengan istilah Rahmah atau apa sahaja tetapi jangan sampai golongan B40 diberikan bekalan makanan yang tidak berkualiti dan mungkin juga menyebabkan mereka terdedah kepada kanser, 'autoimmune disease', autisme dan sebagainya.

Terdahulu, Azman mempertikaikan inisiatif kerajaan yang memperkenalkan Menu Rahmah dalam membantu rakyat.

Ini kerana beliau berkata, keluarga besar perlu berbelanja dari RM60 hingga RM80 sehari untuk Menu Rahmah sedangkan sepatutnya kerajaan memfokuskan dalam kawalan harga barang. - Getaran, 20 Februari 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 19 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 13 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 13 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok