web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ada Pencarum KWSP Hanya Mampu Belanja 68 Sen Sehari Selepas Bersara

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2023 7:15PM

Amirudin Shari mendedahkan terdapat pencarum KWSP yang hanya mampu berbelanja 68 sen sehari selepas bersara, berikutan empat pengeluaran khas dana itu dibenarkan kerajaan sebelum ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Amirudin Shari mendedahkan terdapat pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang hanya mampu berbelanja 68 sen sehari selepas bersara, berikutan empat pengeluaran khas dana itu dibenarkan kerajaan sebelum ini.

Justeru, tegasnya, desakan berhubung pengeluaran semula KWSP tidak boleh sekadar mempertimbangkan kesan jangka pendek, kerana ia memberi kesan besar kepada negara, khususnya dalam persediaan Malaysia berdepan situasi menjadi negara menua menjelang 2030.

Menurut beliau, kerajaan perlu mempertimbangkan baki simpanan pencarum yang semakin membimbangkan selepas beberapa kali pengeluaran khas dibenarkan sejak negara berdepan pandemik COVID-19.

Amirudin Shari - Gambar fail
Amirudin Shari - Gambar fail

“Saya faham apa yang diharapkan sesetengah pihak, tapi kita tidak boleh melihat negara berkembang hanya dalam satu, dua hari saja.

“Satu kajian yang dibentangkan kepada kami ketika pemukiman baru-baru ini, selepas pengeluaran dibenarkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), yang membantu rakyat tetapi perbelanjaan tidak diagihkan dengan tepat.

“Akhirnya, hari ini sebahagian pencarum hanya mempunyai sejumlah 68 sen (untuk dibelanjakan) sehari (selepas bersara) kalau umur mereka mencecah 75 hingga 78 tahun,” katanya ketika membahaskan usul Titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini. 

Pada masa sama, Menteri Besar Selangor itu berpandangan kerajaan perlu mempertimbangkan antara kebertanggungjawaban dengan populisme dan gesaan yang dibangkitkan oleh pembangkang.

“Ia perlu dilakukan supaya kerajaan tidak terkesima dan tertipu dengan propaganda serta pilihan itu,” katanya. 

Terdahulu, seorang Ahli Parlimen pembangkang mengemukakan usul tergempar meminta Dewan Rakyat membahaskan mengenai permohonan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar.

Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) yang mengemukakan usul itu mengikut Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat 18(1), meminta Dewan Rakyat membahas dan menggesa kerajaan segera meluluskan pengeluaran itu kepada rakyat yang terdesak.

Sementara itu, menjawab celahan Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) yang bertanya mengenai reformasi Parlimen perlu merangkumi agihan peruntukan yang seimbang antara Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, Amirudin menegaskan tuntutan itu juga perlu dilaksanakan di tiga negeri yang diperintah Perikatan Nasional (PN).

“Saya tidak halang usaha itu dan ia juga perlu dibuktikan di Kedah, Terengganu dan Kelantan untuk memberikan peruntukan yang sama rata kepada pembangkang yang berada di sana,” katanya.

Terdahulu, Amirudin ketika berbahas menggesa kerajaan segera menggubal kembali Akta Perkhidmatan Parlimen bagi memastikan pelaksanaan pengasingan kuasa sebenar antara legislatif, eksekutif dan kehakiman.

Beliau turut mencadangkan Parlimen menambah sekurang-kurangnya lima lagi jawatankuasa pilihan khas, iaitu Jawatankuasa Pilihan Khas Anak Syarikat dan Badan Berkanun; Jawatankuasa Pilihan Khas Federalisme; Jawatankuasa Pilihan Khas Pengangkutan Awam; Jawatankuasa Pilihan Khas Mobiliti Sosial dan Jawatankuasa Pilihan Khas Masyarakat Menua.

“Dengan adanya Akta Perkhidmatan Parlimen yang kita boleh kembalikan, saya percaya kita akan melantik Speaker yang lebih berkuasa, yang boleh menentukan pegawainya dan mempunyai peruntukan sendiri.

“Ini bertepatan dengan doktrin pemisahan kuasa yang sememangnya berakar dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran negara,” katanya. - Getaran, 20 Februari 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 13 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 19 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan