web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jenaka Lucah Perkara Jijik, Cermin Peribadi Pelaku

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2021 3:20PM

Zaid Mohamad - Gambar dari Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pernahkah anda mendengar peribahasa berbunyi “bahasa menunjukkan bangsa”?

Secara harafiah, ia menggambarkan perilaku dan nilai keperibadian seseorang, kerana setiap percakapan pastinya akan memberikan kesan kepada orang lain, sama ada baik atau buruk.

Begitu juga dengan jenaka berunsur lucah, yang sering diabaikan sedangkan ia sebenarnya adalah satu kesalahan dan menjurus kepada sejenis bentuk gangguan seksual.

Malangnya perilaku seperti ini sudah lama berakar umbi dalam kalangan masyarakat, merebak bagaikan barah yang sukar dibendung malah menjangkiti generasi muda hari ini.

“Tindakan diambil Ain dan bapanya amat berani yang perlu dicontohi.”

Pakar Motivasi Keluarga, Zaid Mohamad berkata, kejadian yang menimpa Ain Husniza Saiful Nizam, 17, membuktikan betapa gejala jenaka lucah sudah begitu keterlaluan hingga turut membabitkan golongan pendidik.

Menurut beliau, itu adalah perkembangan yang amat menyedihkan kerana barisan pendidikan seharusnya menjadi benteng penyelamat semua murid.

“Lawak lucah yang dilakukan oleh guru terbabit merupakan sesuatu yang sangat menyedihkan, kerana sebagai pendidik, perlu ada batasan dalam pergaulan.

“Ada dua sikap yang perlu ada untuk menghormati seseorang, terutama pada lelaki iaitu sikap hormat terhadap kaum wanita dan kedua bertanggungjawab dalam menjaga maruah insan sekeliling mereka,” katanya kepada Getaran.

Kecenderungan mengeluarkan jenaka berunsur lucah tegas beliau, mencerminkan kegagalan individu berkenaan dalam menghormati dan menjaga maruah insan sekeliling mereka.

“Saya sering menerima aduan berhubung masalah sosial dan pencabulan di sekolah, tetapi ditutup begitu sahaja.”

“Tidak dapat dinafikan tindakan diambil Ain dan bapanya amat berani yang perlu dicontohi.

“Bukan semua orang berani bertindak seperti ini malah sebelum ini saya sering menerima aduan berhubung masalah sosial dan pencabulan di sekolah, tetapi ditutup begitu sahaja untuk menjaga aib individu terbabit serta nama baik sekolah,” katanya kesal.

Beliau menarik perhatian, tindakan berdiam diri tidak akan membantu apa-apa malah akan membuatkan individu yang terlibat mengalami gangguan emosi.

Mengulas lanjut Zaid berkata, tindakan guru kaunseling sekolah Ain yang hanya menganggap insiden berkenaan sebagai satu gurauan melambangkan keperibadian beliau sendiri.

“Jelas di sini mereka memandang ringan sebarang jenaka berunsur lucah sedangkan ia tidak seharusnya berlaku, kerana rogol adalah satu jenayah serius yang sangat sensitif untuk dipermainkan.

“Ini amat tidak wajar kerana pelajar akan melihat perkara ini sebagai satu perkara biasa. Perbuatan kita sebagai individu lebih dewasa akan dijadikan contoh dan tauladan oleh generasi muda, justeru jangan seratus peratus menyalahkan mereka apabila berbuat yang sama, kerana semuanya berpunca daripada kita sendiri,” tegasnya.

Selepas tular isu jenaka jenayah rogol, baju dikenakan Ain dalam satu wawancara bersama sebuah portal media pula dijadikan bahan komen lucah netizen, termasuk daripada kalangan pendidik sendiri.

“Kebanyakan screenshot ini adalah dari group Facebook yang ahlinya terdiri daripada golongan guru.”

Semua komen berkenaan begitu menjijikkan apabila turut menyentuh fizikal remaja terbabit, yang disifatkan boleh menaikkan syahwat mana-mana lelaki.

Ia mengundang satu hantaran lantang daripada bapanya, Saiful Nizam Abdul Wahab yang meluahkan rasa terkilan melihat mentaliti rakyat negara ini.

Katanya, segelintir rakyat Malaysia khususnya lelaki dewasa memiliki mentaliti yang begitu memualkan apabila tergamak menjadikan remaja bawah umur sebagai satu bahan atau objek berunsurkan seksual semata-mata.

“Ramai berkongsi screenshot komen jelik berkenaan penampilan Ain. Lihat sendiri betapa sakit’nya masyarakat kita.

“Kebanyakan screenshot ini adalah dari group Facebook yang ahlinya terdiri daripada golongan guru. Malah wanita juga ada yang gagal memahami isu sebenar yang sedang diperjuangkan.

Body shaming & cyberbully oleh golongan cikgu?

“Dari isu lawak rogol, kemudian ugutan rogol oleh pelajar seterusnya kini body shaming dan cyberbully. Jika inilah mentaliti kebanyakan guru yang ada, memang tak hairanlah anak-anak kita juga makin hancur akhlaknya,” luahnya.

‘Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga’, pastinya kelakuan guru terbabit akan memburukkan nama dan imej para pendidik yang lain.

Namun, tingkah laku buruk itu perlu diubah dan sekolah yang terlibat perlu berlapang dada, kerana masih ada ruang untuk perbaiki.

Apapun, keberanian remaja tersebut perlu dipuji bagi menyelamatkan lebih ramai lagi pelajar atau remaja seusianya di seluruh Malaysia.

Ini bukan soal siapa betul atau siapa salah, tetapi satu tuntutan keadilan untuk semua pihak. - Getaran, 2 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 bulan yang lalu

Nilofa Group Mohon Maaf Selepas Buat Promosi Berbaur Lucah

2

Luar Negara 6 bulan yang lalu

Pelancong Sepanyol Diperkosa 7 Lelaki, Suami Turut Dibelasah

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Bunuh Nenek 85 Tahun, Kelindan Lori Kekal Ke Tali Gantung

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Peras Ugut Dan Rogol, 2 Anggota Polis Didakwa Hari Ini

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka