web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dakwa PM Bersifat Dendam, Awang Hashim Diberi 3 Hari Untuk Mohon Maaf

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 22 Feb 2023 6:12PM

Awang Hashim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim diberi tempoh tiga hari agar mengemukakan permohonan maaf terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peguam, Datuk SN Nair berkata, Awang didakwa memfitnah Perdana Menteri apabila berkata, dendam Anwar ternyata lebih dahsyat berbanding Tun Dr Mahathir Mohamad, susulan beberapa pendakwaan politik dikenakan ke atas pemimpin Perikatan Nasional (PN).

Anwar Ibrahim - Gambar fail
Anwar Ibrahim - Gambar fail

SN Nair dari Tetuan SN Nair & Partners, yang mewakili Anwar, 76, berkata, tempoh tiga hari tersebut berkuatkuasa dari tarikh notis permohonan maaf itu diterima.

“Anak guam saya menuntut agar segala kenyataan Awang berkenaan Perdana Menteri membalas dendam dengan melakukan pendakwaan terpilih perlu ditarik balik secara terbuka.

“Permohonan maaf tanpa syarat dalam cara dan bentuk itu akan diluluskan oleh kami sebagai Peguamcara, untuk disiarkan dalam akhbar dan media pilihan anak guam kami,” katanya.

SN Nair berkata, Awang perlu menyediakan satu aku janji bertulis untuk tidak mengulangi mana-mana alegasi dan komen sepertimana dalam perkataan memfitnah dalam artikel memfitnah tersebut.

“Anak guam kami juga menuntut Awang memberikan kos pampasan substantif atas kerosakan reputasi anak guam kami sebagai Perdana Menteri.

“Anakguam kami juga menuntut pembayaran semua kos guaman yang telah berbangkit daripada perkara itu. Notis ini telah dikarang selaras dengan protokol pra tindakan sebelum permulaan tindakan saman fitnah,” katanya.

Peguam berkenaan memberitahu, tindakan perundangan akan dikenakan ke atas Awang sekiranya tidak menerima maklum balas memuaskan dalam tempoh tiga hari, dari tarikh penerimaan notis.

Antara lain notis berkenaan berkata, Awang di lobi Dewan Rakyat semalam mendakwa, sifat dendam dimiliki Anwar jauh lebih buruk daripada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kenyataan tersebut secara jelas didorong oleh niat jahat untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

SN Nair berkata, Perdana Menteri konsisten dengan pendiriannya dalam membanteras korupsi dan menyokong kebebasan institusi penyiasatan serta pendakwaan dalam mewujudkan tata kelola yang telus.

“Anak guam kami mengesahkan bahawa perkataan yang dikeluarkan Yang Berhormat adalah tidak benar, pelik serta tidak wajar sama sekali kerana sangat cuai, melulu, disengajakan dan berniat jahat untuk merendahkan Perdana Menteri di mata masyarakat umum, di samping mendedahkan kepada kebencian awam, cemuhan serta penghinaan.

“Anak guam kami tidak pernah campur tangan dalam bidang kuasa penyiasatan agensi penguatkuasa di Malaysia, di samping tidak pernah mengarahkan bidang kuasa Peguam Negara untuk melakukan pendakwaan terpilih terhadap mana-mana pihak seperti dituduh Yang Berhormat.

“Sebagai seorang Ahli Parlimen, Yang Berhormat sewajarnya amat berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan tidak benar dengan sewenang-wenangnya tanpa pengesahan dan bukti sehingga menyebabkan anak guam kami tiada pilihan untuk memulakan tindakan bagi membela reputasi serta kehormatan sistem Parlimen Berperlembagaan,” katanya. - Getaran, 22 Februari 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 13 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 19 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula