web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Maaf Sahaja Tidak Mencukupi, SPRM Sila Saman Mohamad Shafiq

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 23 Feb 2023 7:00AM

Mohamad Shafiq tampil memohon maaf terhadap SPRM dan tidak berniat menuduh mana-mana pihak serta menyifatkannya sebagai 'terlepas cakap'. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa memfailkan saman terhadap pemerhati politik, Mohamad Shafiq Abdul Halim atas kenyataannya berunsur fitnah yang dikeluarkan, baru-baru ini.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, permintaan maaf daripada Mohamad Shafiq adalah tidak mencukupi kerana kenyataan itu telah tersebar luas dan pastinya ada pihak mempercayai tuduhan dibuat.

"MCW memandang serius tuduhan Mohamad Shafiq bahawa SPRM menawarkan RM10 juta kepada Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan untuk mengaitkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kes rasuah.

"Kita mengecam sekerasnya kenyataan itu dan pengajaran harus diberikan kepada seluruh anggota masyarakat agar tidak sesuka hati mengeluarkan fitnah terhadap agensi penyiasatan negara,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas satu video berdurasi 44 saat yang tersebar di Twitter, memaparkan Mohamad Shafiq mendakwa SPRM menawarkan RM10 juta kepada Wan Saiful.

Wan Saiful Wan Jan - Gambar fail
Wan Saiful Wan Jan - Gambar fail

Melalui klip video itu, Mohamad Shafiq mendakwa tawaran tersebut dibuat supaya Wan Saiful yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor menukar kenyataannya.

Dakwa Mohamad Shafiq, Wan Saiful diarah memberi kenyataan palsu kononnya beliau menerima arahan daripada Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU untuk menerima rasuah.

Semalam, Wan Saiful, 48, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta membabitkan projek di bawah program Jana Wibawa bernilai RM232 juta pada tahun lalu.

Bagaimanapun, bekas Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azura Alwi.

Sehubungan itu, Jais menyeru agar semua pihak tidak mempolitikkan dan mengganggu gugat siasatan SPRM yang sedang berjalan.

"Kita yakin dan percaya setiap rakyat sentiasa menyokong SPRM dan suruhanjaya itu mesti terus tegas dan berani bertindak menyiasat sesiapa sahaja. 

"Perkara itu perlu dilakukan bagi memastikan segala dakwaan kes rasuah dibongkar sehingga ke akar umbi," katanya. 

Mengulas lanjut, beliau berkata, kebijaksanaan SPRM dalam menjalankan siasatan tidak wajar dipertikaikan. 

"Ahli politik atau penyokong mereka yang sedang disiasat perlu memberi kerjasama penuh.

“Mereka dinasihatkan untuk mengelakkan membuat kenyataan yang mengganggu atau mencampuri urusan siasatan bagi memastikan siasatan yang telus dapat dilaksanakan,” katanya. 

Terdahulu, Mohamad Shafiq tampil memohon maaf terhadap SPRM dan berkata, beliau tidak berniat menuduh mana-mana pihak dan menyifatkannya sebagai 'terlepas cakap'.

Mohamad Shafiq berkata, penstriman secara langsung yang dibuat di TikTok petang semalam adalah reaksi kepada fitnah jahat yang dibuat oleh cybertroopers Pakatan Harapan (PH).

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menyangkal dakwaan tidak bertanggungjawab itu dan memaklumkan pihaknya sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap individu yang membuat tuduhan tersebut. - Getaran, 23 Februari 2023


 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 20 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 14 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan