web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Malaysia Kutuk Serangan Kejam Tentera Israel di Palestin

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 26 Feb 2023 7:00AM

Serangan itu mengorbankan sekurang-kurangnya 11 penduduk negara berkenaan dan mencederakan lebih 100 individu. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera Israel di Nablus, Palestin sehingga membunuh sekurang-kurangnya 11 penduduk negara berkenaan dan mencederakan lebih 100 individu.

Kenyataan Kementerian Luar memaklumkan, perbuatan kejam itu adalah jenayah kemanusiaan dan pelakunya perlu bertanggungjawab.

“Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa bertindak terhadap keganasan dan kekejaman berterusan tentera rejim Israel di Wilayah Palestin yang diduduki,” menurut kenyataan dimuat naik di Facebook itu.

Menurutnya, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga mesti memainkan tanggungjawab diamanahkan di bawah piagam PBB sebaik mungkin.

“Rakyat Palestin juga berhak mendapat keamanan, keselamatan dan keadilan,” katanya.

Tegasnya, Malaysia berdiri teguh dan menyokong tanpa berbelah-bahagi terhadap rakyat Palestin yang berhak mendapatkan negara merdeka, berdasarkan sempadan sebelum 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.

Sementara itu, Bernama melaporkan serangan pada Rabu berkenaan, menyaksikan tentera Israel menyerang sebuah rumah di Kota Lama Nablus dan menyerang penduduk yang membantah serbuan terbabit, dengan peluru dan gas pemedih mata.

Menurut laporan media antarabangsa, antara mangsa serangan itu adakah seorang lelaki warga emas berusia 66 tahun dan kanak-kanak. – Getaran, 26 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

4

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad