web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiada Pengeluaran KWSP, Kerajaan Tidak Praktikal, Tolong Fahami Penderitaan Rakyat 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2023 5:54PM

GHRF menggesa agar kerajaan sekali lagi membenarkan pengeluaran wang KWSP. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa lebih praktikal dan memahami penderitaan rakyat, khususnya mereka yang mengharapkan agar kerajaan sekali lagi membenarkan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Presiden Persekutuan Hak Asasi Manusia Global (GHRF), S Shashi Kumar berkata, Anwar selaku Menteri Kewangan begitu bimbang apabila bercakap tentang persaraan, namun beliau tidak memikirkan kemungkinan yang bakal berlaku apabila orang ramai berdepan tindakan undang-undang kerana tidak membayar pinjaman.

S Shashi Kumar - Gambar fail
S Shashi Kumar - Gambar fail

"Selain itu, ramai terpaksa membayar keseluruhan faedah persaraan untuk menyelesaikan tuntutan dengan faedah tambahan apabila mencapai umur 55 tahun.

“Kami faham pengeluaran KWSP adalah penyelesaian sementara tetapi buat masa ini, ia membolehkan seseorang itu merancang masa depan rakyat selain meringankan beban, sementara kerajaan mencari penyelesaian kekal untuk perkara tersebut,” katanya hari ini. 

Terdahulu, kerajaan bersetuju menambah caruman simpanan KWSP sebanyak RM500 kepada ahlinya yang berumur antara 40 sehingga 54 tahun dengan jumlah simpanan kurang daripada RM10,000 dalam Akaun 1.

Menerusi pembentangan Belanjawan 2023 kelmarin, Perdana Menteri menegaskan, inisiatif terbabit akan memberi manfaat kepada hampir dua juta ahli KWSP melibatkan peruntukan hampir RM1 billion.

Pada masa sama, menurut beliau, kerajaan berharap rakyat yang mempunyai simpanan persaraan mencukupi akan terus menyumbang supaya semua lapisan pencarum memperoleh manfaat. 

Anwar berkata, kerajaan beriltizam untuk membantu rakyat membina semula simpanan persaraan mereka bagi memastikan ia mencukupi untuk membiayai hari persaraan masing-masing.

Sementara itu, Shashi menegaskan, kos sara hidup terus meningkat malah rakyat menghadapi kesukaran untuk menguruskan perbelanjaan dan menyelesaikan hutang mereka pada masa yang sama.

“Ia tidak wajar atau tidak adil untuk Perdana Menteri menyatakan sekiranya pengeluaran KWSP dibenarkan maka caruman RM500 oleh kerajaan kepada pencarum yang mempunyai akaun di bawah RM10,000 adalah tidak mungkin.

"Perdana Menteri perlu lebih praktikal dalam memahami penderitaan, rayuan dan tangisan rakyat," katanya. 

Sebelum ini media melaporkan GHRF bersama NGO Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) dan Persatuan Pengguna Islam (PPIM), menyerahkan memorandum kepada Jabatan Perdana Menteri bagi menggesa kerajaan membenarkan satu lagi pusingan pengeluaran KWSP pada 17 Februari lepas.

Mereka mengharapkan, dengan penyerahan memorandum tuntutan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberi perhatian kepada suara rakyat yang berhadapan kesukaran kos sara hidup ketika ini. - Getaran, 26 Februari 2023. 







 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 15 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 21 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula