web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


279 PPS Dibuka Di 4 Negeri, Mangsa Banjir Meningkat Kepada 35,106

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 03 Mar 2023 12:03PM

Keadaan banjir di empat negeri bertambah buruk dengan bilangan mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS), melonjak kepada 35,106 penduduk, setakat jam 10.30 pagi ini - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di empat negeri bertambah buruk dengan bilangan mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS), melonjak kepada 35,106 penduduk, setakat jam 10.30 pagi ini. 

Sebanyak 279 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di lima negeri setakat ini, membabitkan seramai 9,847 keluarga di Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, dan Sarawak.

Johor terus mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi, iaitu 32,015 daripada 8,956 keluarga dengan 240 PPS dibuka di negeri berkenaan.

Antara daerah terjejas di situ adalah Segamat, Kota Tinggi, Kulai, Kluang, Pontian, Johor Bharu, Mersing, Muar, Tangkak dan Batu Pahat.

Pahang menjadi negeri kedua teruk terjejas dengan merekodkan 1,860 mangsa daripada 544 keluarga membabitkan 582 lelaki dewasa, 657 perempuan dewasa, 303 kanak-kanak lelaki dan 280 budak perempuan.

Kesemua mereka ditempatkan di 22 PPS dan daerah yang terkesan di negeri berkenaan adalah Rompin, Maran, Pekan, Temerloh serta Bera. 

Negeri Sembilan turut merekodkan peningkatan jumlah mangsa, dengan setakat 10.54 pagi tadi ia mencecah 1,042 daripada 294 keluarga yang ditempatkan di 11 PPS di sekitar Tampin dan Jempol. 

Peningkatan mangsa juga dilaporkan di Melaka, apabila mencatatkan 39 daripada 17 keluarga dengan dua PPS turut dibuka di Sri Aman dan Sarikei. 

Jumlah mangsa di Sarawak kekal, dengan 108 daripada 24 keluarga dipindahkan ke satu-satunya PPS di Tongod. - Getaran, 3 Mac 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 22 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 16 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan