web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Majikan Sepatutnya Syor Penambaikan Kebajikan Pekerja, Bukan Minta Cuti Sakit Dikurangkan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2023 9:31PM

Tenaga pakar perlu mengesyorkan majikan agar tampil dengan saranan dalam menambahbaik aspek kebajikan pekerja. - Gambar hiasan Bernama  

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Golongan profesional digesa memberikan syor penambahbaikan lebih bersifat dinamik dalam aspek kebajikan dan kepentingan pekerja, bukan mencadangkan untuk mengurangkan cuti sakit mereka.

Presiden Kesatuan Sekerja Industri Elektronik Wilayah Utara Semenanjung Malaysia, Mohd Razi Rahim berkata, tenaga pakar perlu mengesyorkan majikan, terutama Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) agar tampil dengan saranan dalam menambahbaik aspek berkenaan.  

“Mereka merupakan tulang belakang kepada pembangunan syarikat dan organisasi. Kami berpandangan ia merupakan satu pendirian keterkebelakang dalam memelihara dan menambah baik kebajikan pekerja.

“Kami tertanya bagaimana MEF mempunyai angka kos kerugian RM5 bilion yang didakwa dialami majikan setiap tahun daripada sudut penggunaan cuti sakit. Peruntukan berkaitan cuti sakit termaktub dalam akta kerja yang dikuatkuasakan sejak tahun 1955,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.  

Mohd Razi berkata, penambahbaikan itu dilihat amat penting ketika seluruh dunia berhadapan dengan pasca pandemik COVID-19, selain belum mengambil kira pelbagai penyakit lain tidak mengira usia.

“Sudah lebih tujuh dekad akta itu dilaksanakan dan sudah tiba masa untuk menambah baik peruntukan berkaitan, bukannya mengambil jalan regresif.  

“Pekerja muda berusia 20-an hingga 30-an sudah mengalami penyakit jantung dan kencing manis kini dan faktor itu, menyebabkan sektor insurans memperkenalkan skim perlindungan 36 penyakit kritikal,” katanya.  

Secara langsung, Mohd Razi berkata, ia menunjukkan bahawa sudah ada keperluan untuk menambah baik kemudahan cuti sakit, bukannya mengurangkan skim terutama bagi golongan muda.

“Pada hari ini, kos perubatan juga melambung, sekali gus menjadi beban kos sara hidup kepada pekerja.

“Dalam dunia diselubungi pelbagai masalah dan tekanan dialami pekerja secara langsung dan tidak langsung, majikan yang mengaut keuntungan terlalu besar dengan jumlah berbilion ringgit, malah jauh lebih besar berbanding kos cuti sakit RM5 bilion dibangkitkan MEF,” katanya.

Sementara itu, Mohd Razi mempersoalkan adakah jumlah RM5 bilion itu terlalu besar, berbanding keuntungan berlipat ganda dinikmati majikan.

Jelasnya, keadaan pekerja menyedihkan di Malaysia adalah disebabkan golongan profesional yang tidak melihat isu dialami golongan itu secara realistik.

“Malaysia dinilai sebagai tidak konsisten kepada kesejahteraan pekerja, namun pakar pula menggalakkan kerajaan melanggar Standard Buruh Antarabangsa.  

“Cadangan mengurangkan cuti sakit bertentangan dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), maka hak berkenaan perlu dihormati majikan baik sektor swasta mahupun kerajaan,” katanya.  

Mohd Razi juga menyokong pendirian Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM) baru-baru ini, berhubung isu berkenaan.

“Kami membantah apa jua percubaan, usaha dan cadangan untuk mengurangkan cuti sakit.

“Majikan yang tidak mementingkan keuntungan semata-mata akan tahu dan sedar bahawa kos cuti sakit, sudah dimasukkan sebagai kos pengurusan yang akan ditolak daripada pendapatan bercukai. Jadi, tiada alasan untuk menafikan hak pekerja.  

“Golongan profesional dan MEF sewajarnya berhenti daripada meneruskan usaha mahu mengurangkan cuti sakit, sebaliknya mencari jalan lain untuk kepentingan dan manfaat bersama antara majikan dengan pekerja,” katanya.  

Sebelum ini, Presiden MEF, Datuk Syed Hussain Syed Husman berpandangan, kemudahan cuti sakit wajar dikaji semula kerana ia membebankan majikan dari segi kos.

Datuk Syed Hussain Syed Husman
Datuk Syed Hussain Syed Husman

Syed Hussain mendakwa, majikan di Malaysia berdepan kerugian sekitar RM5.05 bilion kesan daripada pekerja yang mengambil cuti sakit.

Justeru, Presiden SPCAAM, J Solomon berkata, kenyataan Presiden MEF itu menunjukkan seolah-olah majikan tidak berperikemanusiaan dan tidak menghormati nyawa pekerja. - Getaran, 5 Mac 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 22 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 16 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok