web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Semua Kakitangan KPWKM Diarah Siap Sedia Hadapi Banjir, Urus Keperluan Mangsa

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2023 9:45PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengarahkan semua kakitangannya agar sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia sepanjang masa.  

Menurut kenyataan KPWKM, arahan diberikan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu, perlu dilaksanakan bagi membantu pengurusan mangsa banjir mengikut keperluan dan keadaan semasa.

“Arahan itu turut melibatkan petugas JKM di negeri yang tidak dilanda banjir.

“Pada masa sama, JKM akan memantau secara terus perkembangan semasa situasi banjir di semua negeri,” menurut kenyataan itu, hari ini.

KPWKM berkata, seramai 950 petugas JKM dengan dibantu 600 sukarelawan terbabit dalam menguruskan mangsa banjir di Johor.  

“Dari segi mobilisasi pula, ada kakitangan dari negeri lain yang sudah digerakkan ke situ, termasuk dari ibu pejabat, Melaka dan Negeri Sembilan.  

“JKM juga sudah memohon bantuan daripada Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) serta Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di negeri berkenaan untuk tujuan itu,” katanya.

Sementara itu, KPWKM berkata, secara keseluruhan, seramai 46,230 mangsa daripada 13,362 keluarga terbabit banjir ketika ini dan semua keperluan makan, minum serta keperluan asas, dibekalkan kepada mangsa.

“Setakat jam 10 pagi ini, sebanyak 299 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di seluruh negara, membabitkan lima negeri, iaitu Johor (266); Pahang (23); Melaka (5), Negeri Sembilan (3) dan Selangor (2),” katanya.  

Jelasnya, semua syarikat korporat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu dimohon agar menghulurkan bantuan serta sumbangan yang amat diperlukan mangsa banjir menerusi Yayasan Kebajikan Negara (YKN) ke akaun Alliance Bank Berhad di nombor 160140010004801.

Selain itu, KPWKM berkata, bilik Gerakan JKM Johor boleh dihubungi melalui talian 07-228 1453, manakala Bilik Gerakan JKM di negeri lain akan diaktifkan mengikut keperluan dan keadaan banjir semasa.

“Orang ramai boleh menghubungi Talian Kasih 15999 yang beroperasi 24 jam sekiranya perlu dan mengetahui maklumat terkini mengenai PPS di seluruh negara.  

“Ia juga boleh diakses melalui aplikasi InfoBencanaJKM 2.0, dengan memuat naiknya melalui Apps Store dan Play Store,” katanya.

Mengulas lanjut, pihak terbabit berkata, semua mangsa dan petugas PPS diingatkan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), sepanjang bencana tersebut.

Terkini, keadaan banjir di beberapa negeri semakin membimbangkan dengan jumlah mangsa ditempatkan di PPS di seluruh negara, meningkat kepada 50,537 orang setakat jam 6.30 petang tadi.

Johor terus mencatatkan jumlah mangsa tertinggi, iaitu 46,900 orang diikuti Pahang (3,084) dan Melaka (553). - Getaran, 5 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Bomba Selamatkan 2 Warga Bangladesh Terperangkap Atas Bumbung Kerana Banjir

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Puluhan Kereta Ditenggelami Air Akibat Banjir Kilat Di Penampang

3

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Alahai Kasihannya Kakak Ni, Menangis Takut Banjir

4

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Aksi Tesla Model Y Redah Banjir Di Dubai

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 16 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 16 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok