web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PM, Tolong Batalkan Projek Tanpa Tender SMG RM700 Juta

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2023 4:46PM

Presiden PHM, Zabri Mokhtar (dua, kiri) diiringi Abdul Razak Ismail (kiri) menyerahkan memorandum kepada wakil Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Ng Suee Lim ketika ditemui di pintu pagar Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, Shah Alam, hari ini. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa untuk tidak meneruskan projek Gerbang Maritim Selangor (SMG) kerana ia diluluskan secara rundingan terus oleh kerajaan negeri Selangor.

Setiausaha Penaja Parti Hijau Malaysia (PHM), Abdul Razak Ismail berkata, ia selaras dengan arahan Presiden PKR agar beberapa kelulusan projek tebatan banjir bernilai RM7 bilion tidak diteruskan.

Menurut beliau, Menteri Besar, Datuk Seri Amiruddin Shari dilihat mempunyai konflik kepentingan apabila menganugerahkan pemberian kontrak SMG berjumlah RM700 juta kepada Landasan Lumayan Berjaya Sdn Bhd.

Abdul Razak Ismail
Abdul Razak Ismail

“Syarikat itu adalah kerjasama Landasan Lumayan Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh penggerak pelaburan utama kerajaan negeri, Menteri Besar Selangor Inc (MBI) yang hanya memiliki 45 peratus pegangan saham dengan Berjaya Land Berhad yang memiliki saham berjumlah 55 peratus.

“Kita boleh lihat Menteri Besar sendiri yang anugerahkan projek itu tanpa sebarang tender terbuka. Seharusnya anak syarikat kerajaan negeri perlu memegang saham lebih besar dari Berjaya Land agar mereka boleh membuat keputusan. Kita juga tidak menolak Amiruddin ada menerima imbuhan sebagai pengarah syarikat tersebut.

“Sehubungan itu, Anwar yang telah banyak menghentikan projek tanpa tender untuk tidak meneruskan projek SMG seperti yang dihasratkan oleh Perdana Menteri. Konsepnya adalah sama kerana ia dilakukan secara rundingan terus,” katanya kepada media ketika ditemui di pintu utama Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, hari ini.

Abdul Razak mendakwa, salah guna kuasa dilihat semakin berleluasa apabila kerajaan Selangor bersetuju mengecualikan premium cukai tanah bernilai RM117 kepada syarikat terbabit.

“Orang kampung pun bayar cukai, takkan syarikat korporat sebegini boleh diberi pengecualian cukai. Adakah kerana kamu (Menteri Besar) pengarah dan apa yang pelik, kerajaan negeri Selangor turut menanggung hutang syarikat tersebut berjumlah RM54 juta.,” katanya.

PHM menggesa Perdana Menteri tidak meneruskan projek Gerbang Maritim Selangor (SMG) kerana ia didakwa diluluskan secara rundingan oleh kerajaan negeri Selangor.
PHM menggesa Perdana Menteri tidak meneruskan projek Gerbang Maritim Selangor (SMG) kerana ia didakwa diluluskan secara rundingan oleh kerajaan negeri Selangor.

Apa yang menarik dakwanya lagi, Landasan Lumayan Berjaya Sdn Bhd turut diberikan tanah seluas 240 hektar yang dijangka dibangunkan perumahan mewah, berbanding perumahan mampu milik bagi membantu golongan B40 di Selangor.

“Berjaya Land telah membuat unjuran pembangunan di situ bernilai RM10 bilion, saya tak rasa dengan jumlah sebegitu, rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) akan dibina, namun kondominium atau banglo (yang) akan dibina menghadap sungai.

“Kami rasa kepentingan rakyat tidak dijaga Menteri Besar kerana beliau pun antara Ahli Lembaga Pengarah yang sememangnya ada menerima kepentingan sejak dilantik pada 4 Mac 2021,” katanya.

Abdul Razak turut menggesa agar Ahli Parlimen Gombak itu terbuka untuk meletakkan jawatan sebagai pengarah syarikat itu yang ditugaskan mengusahakan projek SMG.

Jelasnya, PHM juga tidak berpuas hati dengan jawapan Amiruddin di Dewan Rakyat, berhubung penolakan 98 syarikat yang mahu menyertai projek tersebut kerana tidak menawarkan idea menarik.

“Apakah “term of reference (TOR)” yang kamu terima daripada 98 syarikat itu? Apabila Menteri Besar ungkit perkara ini (berlaku) sejak pentadbiran Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, ia tidak sama kerana Khalid hanya mencadangkan agar sungai dijadikan pengangkutan alternatif ke Kuala Lumpur. Zaman Amiruddin, sungai dibersihkan dan diberi sekeping tanah kepada syarikat untuk digunakan.

“Itu adalah perkara berbeza. Siapa yang menilai 98 syarikat itu kerana mengikut sistem tender terbuka, dia perlu ada jawatankuasa untuk melihatnya secara terperinci. Inilah masa terbaik untuk Amiruddin berundur sebagai pengarah,” katanya. - Getaran, 6 Mac 2023.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 17 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 17 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok