web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


13 Individu Dipenjara 50 Bulan, Riwayat Geng Halim Berakhir

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2023 11:26AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Ipoh kelmarin, menjatuhkan hukuman penjara 50 bulan terhadap 13 individu atas kesalahan membantu ahli kumpulan jenayah terancang dikenali Geng Halim, tiga tahun lalu.  

Hakim, Datuk Abdul Wahab Mohamed menjatuhkan hukuman itu terhadap kesemua tertuduh, selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan di bawah Seksyen 130W Kanun Keseksaan berkenaan.  

Mereka adalah Halim Mohd Nordin, 44; Kamaruzzaman Md Ali, 57; Omer Samsudin, 65; Kee Yeoh Song, 49; Rahim Saring, 54, Ismail Ngah Man 70 dan Ayu Abohan, 64.

Selain itu, enam warga Indonesia termasuk dua wanita, iaitu Suriyanto Mukmin, 53; Syahriandi, 57; Budi, Yuda, Watiah dan Yuliana.

Menurut kertas pertuduhan pindaan diterima Getaran hari ini, kesemua tertuduh didakwa membantu ahli kumpulan Geng Halim dalam kesalahan dilakukan antara Januari 2018 hingga Jun 2020 di Bagan Datuk, Perak.

Berikutan itu, kesemua tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 130W Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum di bawah peruntukan sama.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara selama tempoh maksimum 10 tahun.  

Kes tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara, Azlina Rasdi, Siti Hajar Radzi, Maryam Jamielah Ab Manaff dan Adip Sabir Abdullah.  

Pihak pembelaan diwakili sembilan peguam, Mohamad Hafiz & Mohamad Salihen, Amir Faliq Mohamad Jamil, Alif Ahmad Tarmizi, Kenny Lai, Datuk Suhaimi Ibrahim, Tan Sri Darshan Singh, G Balakrishnan, M Kathan serta Chia Kay Joo, Chia Song Ming & Chia Wai Chee.  

Mahkamah kemudian memerintahkan kesemua tertuduh menjalani hukuman bermula dari tarikh mereka ditangkap.

Terdahulu, media melaporkan pada 2 Julai 2020, ketua Geng Halim antara 11 individu termasuk lima warga Indonesia yang didakwa di Mahkamah Sesyen Teluk Intan, Perak atas pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang.

Mengikut pertuduhan asal, mereka didakwa mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun.

Pada 22 Jun 2020, media melaporkan, polis menahan tiga anggotanya yang dipercayai terbabit dalam sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Hutan Melintang, Bagan Datuk.

Ketua Polis Perak Datuk Razarudin Husain dilaporkan berkata, penahanan tiga anggota yang bertugas di Balai Polis Hutan Melintang itu, susulan tangkapan 11 suspek sindiket penyeludupan Pati dalam Op Benteng yang bermula pada 4 April. - Getaran, 9 Mac 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 23 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 17 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan