web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Saya Tak Bersalah, Sudah Jelaskan Semuanya Kepada SPRM - Muhyiddin

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 09 Mar 2023 11:56PM

Muhyiddin Yassin dibebaskan dengan jaminan SPRM sekitar jam 8.20 malam, selepas ditahan ketika hadir di ibu pejabat suruhanjaya terbabit bagi merakam keterangan - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui telah menjelaskan segala perincian kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika hadir memberikan keterangan dan merakam percakapan di ibu pejabat suruhanjaya berkenaan.

Menurutnya, atas faktor itu, tidak ada asas untuk SPRM mendakwanya di bawah mana-mana peraturan.

“Perkara paling aneh apabila saya ditangkap di bawah tujuh pertuduhan dan dibawa ke mahkamah esok, walhal saya baru dipanggil untuk memberi kenyataan. 

“Ini membuktikan tuduhan belum lagi lengkap namun SPRM telah bawa perkara ini kepada Jabatan Peguam Negara untuk saya ditangkap,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Solat Hajat Keselamatan Negara dan Solidariti Menentang Kezaliman di Pusat Tarbiyah PAS, Taman Melewar, hari ini.

Mantan Perdana Menteri itu berkata, perkara tersebut sudah diberitahu kepada pegawai SPRM yang menyoalnya, namun atas arahan pihak ‘paling berkuasa’, beliau tetap didakwa.

“Saya memberitahu kepada SPRM bahawa perkara ini tidak boleh namun sudah ada arahan daripada pihak yang paling berkuasa dalam pentadbiran negara supaya saya didakwa. 

“Jadi, walau apapun penjelasan yang saya berikan, saya tetap akan didakwa," dakwanya.

Muhyiddin terdahulu dibebaskan dengan jaminan SPRM sekitar jam 8.20 malam, selepas ditahan ketika hadir di ibu pejabat suruhanjaya terbabit bagi merakam keterangan.

Beliau akan berdepan pendakwaan di mahkamah pagi esok mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Seksyen 4(1)b Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Dengan pendakwaan itu, beliau muncul sebagai bekas Perdana Menteri Malaysia kedua yang dihadapkan ke mahkamah selepas Datuk Seri Najib Razak.

Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU mengulangi kenyataan bahawa beliau tidak pernah melakukan sebarang kesalahan di bawah undang-undang dan tidak memiliki kuasa untuk meluluskan sebarang projek kerajaan.

Katanya, beliau juga tidak pernah memberi arahan atau mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh Kementerian Kewangan.

“Saya juga tidak pernah berjumpa dengan kontraktor-kontraktor yang mendapat projek dan tidak pernah menerima wang daripada mereka.

“Saya akan dituduh membabitkan dua kes iaitu Projek Jana Wibawa dan rayuan pembatalan cukai oleh sebuah yayasan dinaungi hartawan terkemuka negara,” katanya. - Getaran, 9 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 bulan yang lalu

Jana Wibawa: Muhyiddin Mohon DNAA 3 Tuduhan Pengubahan Wang Haram

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menantu Muhyiddin: SPRM Kemuka Dokumen Tambahan Untuk Lengkapkan Notis Merah Interpol

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Bebas Empat Pertuduhan Guna Kedudukan Untuk Suapan Berkaitan Jana Wibawa

4

Politik 1 tahun yang lalu

Muhyiddin, Sila Bantu Siasatan SPRM, Dedahkan Lokasi Menantu - Fahmi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 17 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 23 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula