web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jana Wibawa: Muhyiddin Mohon DNAA 3 Tuduhan Pengubahan Wang Haram

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2023 1:07PM

Muhyiddin Yassin - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memfailkan permohonan supaya Mahkamah Sesyen di sini melepa  membebaskannya daripada tiga pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM200 juta berkaitan projek Jana Wibawa.

Muhyiddin, 76, memfailkan notis permohonan itu pada Isnin lepas, memohon supaya mahkamah mengetepikan ketiga-tiga pertuduhan tersebut.

Ahli Parlimen Pagoh itu menyatakan alasan permohonan antaranya pada 15 Ogos lepas Mahkamah Tinggi telah melepas dan membebaskannya daripada kesalahan predikat di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) kerana ia tidak berasas berikutan tidak mendedahkan suatu kesalahan yang diperuntukkan di bawah undang-undang. 

“Memandangkan pertuduhan-pertuduhan di bawah seksyen itu termasuk pertuduhan pertama adalah tidak diperuntukkan oleh undang-undang dan tidak berasas, maka saya sesungguhnya percaya bahawa pertuduhan-pertuduhan pengubahan wang haram yang berpaksikan kesalahan prediket juga adalah tidak berasas,” katanya dalam permohonan itu.

Muhyiddin mendakwa tidak wajar dan tidak adil untuk beliau terus menghadapi pendakwaan serta perbicaraan bagi pertuduhan pengubahan wang haram kerana proses perbicaraan yang panjang akan menjejaskan kualiti kehidupannya.

“Oleh itu, saya percaya bahawa hak saya di bawah Fasa 5 dan 8 Perlembagaan Persekutuan akan terjejas sekiranya permohonan ini tidak dibenarkan dan saya dipaksa untuk menghadapi perbicaraan bagi pertuduhan-pertuduhan yang tidak berasas. Saya juga percaya bahawa pihak responden (pendakwa raya) tidak akan diprejudiskan sekiranya permohonan ini dibenarkan,” katanya.

Presiden Bersatu itu berdepan dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank milik Bersatu.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Cawangan Menara KL, Jalan Stesen Sentral di sini antara 25 Feb 2021 dan 16 Julai 2021 serta 8 Feb dan 8 Julai 2022.

Muhyiddin juga didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 13 Mac lepas terhadap satu pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM5 juta dan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen di sini untuk dibicarakan bersama.

Pada 15 Ogos lepas, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Muhyiddin daripada empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti Bersatu berkaitan projek Jana Wibawa selepas membenarkan permohonan Muhyiddin untuk membatalkan kesemua pertuduhan itu.

Pihak pendakwaan memfailkan notis rayuan di Mahkamah Rayuan pada hari sama terhadap keputusan itu dan pendengaran rayuan tersebut ditetapkan pada 28 dan 29 Feb 2024. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

2

Politik 2 bulan yang lalu

6 Ahli Parlimen BERSATU Sokong PM: Tiada Kekosongan Kerusi – Muhyiddin

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang