web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Cadangan Reformasi Institusi Cukup Baik, Jamin Keadilan, Elak Salah Guna Kuasa

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2023 8:44PM

Reformasi institusi di negara ini yang dicadang dilaksanakan kerajaan, boleh menjamin keadilan dan ketelusan kepada semua pihak, sekiranya ia direalisasikan - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Reformasi institusi di negara ini yang dicadang dilaksanakan kerajaan, boleh menjamin keadilan dan ketelusan kepada semua pihak, sekiranya ia direalisasikan.

Menyambut baik usaha itu, beberapa gabungan yang memfokuskan kepada ketelusan dan pencegahan rasuah, menerusi kenyataan bersama hari ini berkata, langkah berkenaan juga mampu mengelakkan kezaliman, penyalahgunaan kuasa dan kedudukan mana-mana pihak. 

Katanya, dalam keadaan kritikal ketika ini, pelaksanaan cadangan itu mampu memastikan kembali keyakinan rakyat kepada institusi berkaitan.

“Antara reformasi penting perlu dilaksanakan segera, termasuklah pemisahan kuasa antara Peguam Negara dan pendakwa raya, pindaan terhadap Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010. 

“Keperluan juga untuk melaksanakan penggubalan Akta Pembiayaan Politik, pindaan terhadap Akta Suruhanjaya Kehakiman 2009, pindaan komprehensif kepada Akta SPRM 2009 dan implementasi penuh NACP,” katanya.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan Pengerusi Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF), Tan Sri Dr Syed Hamid Albar; mantan Pengerusi CIMB Group, Tan Sri Mohamed Nazir Razak; Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub; Fellow Utama, Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Anis Yusal Yusoff; Pensyarah Ekonomi, Profesor Dr Edmund Terence Gomez dan juruaudit, Shah Hakim Zain.

Selain itu, pakar undang-undang, Maha Balakrishnan; Pengarah Urusan Zubedy (M) Sdn Bhd, Anas Zubedy; peguan, Christopher Leong; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (Rasuah Busters), Nurhayati Nordin; Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAs), Tricia Yeoh; Presiden TI-M, Dr Muhammad Mohan; pengasas dan mantan Pengarah Eksekutif C4 Center, Cynthia Gabriel; Presiden IKRAM, Badlishah Sham Baharin serta Pengasas dan Pengarah Advokasi Undi18, Tharma Pillai.

Mereka berkata, politik dan kuasa eksekutif tidak dilihat menguasai negara serta mengancam kestabilan sistem demokrasi yang bertunjangkan pemisahan kuasa antara eksekutif, legislatif dan kehakiman.

“Dalam menyokong penuh iltizam kerajaan memerangi rasuah dan salah guna kuasa, semua pihak juga harus memastikan integriti serta kebebasan badan kehakiman terjamin, tidak diganggu atau diserang,” katanya.

Pada masa sama, kenyataan itu menegaskan, reformasi institusi secara dua hala antara kumpulan masyarakat sivil dengan disertai golongan professional bersama Ahli Parlimen dan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) wajar diluluskan di Dewan Rakyat. 

Malah, mereka berkata, input kajian terhadap cadangan itu perlu diperincikan demi memastikan kelangsungan semak dan imbang mampu dilaksanakan.

Katanya, kesediaan semua pihak untuk terlibat dalam usaha itu harus diambil kira susulan memerangi rasuah bukan tugas eksklusif kerajaan Persekutuan.

“Perkara itu dapat memastikan reformasi institusi yang dijanjikan mampu direalisasikan segera dan efisien.

“RasuahBusters selaku Sekretariat KRPPM Integriti, Governan dan Anti Rasuah sebelum ini bersama kumpulan masyarakat sivil, di samping golongan profesional, menyambut baik usaha kerajaan yang memberikan komitmen berhubung pendedahan serta pendakwaan berkaitan perlakuan rasuah tanpa takut dan pilih kasih,” katanya.

Pada Isnin lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan, kerajaan bertekad melaksanakan langkah reformasi.

Usaha itu terutamanya berkaitan perubahan yang dilihat paling mudah dan cepat dilaksanakan atau ‘low hanging fruits’.

Antara perubahan diusahakan itu, jelasnya, termasuk akta dana politik dan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun.

Katanya, jumlah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JPKP) akan dimuktamadkan dalam masa terdekat dengan pengumuman dijangka dibuat Speaker Dewan Rakyat dalam tempoh terdekat. – Getaran, 10 Mac 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 23 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 17 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok