web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pesakit COVID-19 Larikan Diri Dari Hospital Diburu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2021 11:07PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Seorang pesakit COVID-19 bertindak melarikan diri setelah enam hari mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner (ACP) Adzli Abu Shah berkata, kehilangan pesakit lelaki berusia 39 tahun tersebut disedari seorang jururawat yang bertugas di wad didiaminya.

“Pesakit lain yang berada dalam wad tersebut memaklumkan kepada jururawat berkenaan yang lelaki itu telah membawa beg untuk keluar dari wad tersebut kira-kira pukul 6.30 pagi.

“Sehubungan itu, satu pasukan khas telah ditubuhkan untuk mencari suspek di rumahnya di Bandar Baru Sungai Lalang namun dia didapati tidak berada di situ,” katanya.

Difahamkan lelaki tersebut mulanya hadir ke hospital tersebut pada 29 April lalu bagi melakukan pembedahan kecil pada tangannya yang bernanah.

Bagaimanapun ujian calitan yang dijalankan terhadapnya mendapati dia positif COVID-19, tetapi kontak rapatnya sehingga kini masih belum berjaya dikenal pasti oleh Kementerian Kesihatan.

Adzli menambah, pihak Kementerian Kesihatan telah dimaklumkan untuk mengesan lelaki terbabit.

“Sekiranya dia ditemui, pihak KKM akan dihubungi untuk tindakan lanjut.

“Kes ini diklasifikasikan di bawah Seksyen 11(3)(a) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.” - Getaran, 4 Mei 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia