web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pegawai Imigresen Cedera Dipijak Pegawai Kanan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 Mar 2023 12:25PM

Mohd Yusri Hassan Basri - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mendakwa mengalami kecederaan akibat dipijak pegawai kanan jabatan sama di Depot Imigresen Sementara, dekat Bidor, Perak, Khamis lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada mangsa pada keesokan hari, kira-kira jam 2 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah.

Menurut beliau, siasatan mendapati kejadian tersebut berlaku pada hari terakhir pemuda berusia 25 tahun itu menjalani Ujian Kecergasan Pegawai dan Anggota Pasukan Taktikal Khas (Pastak).

“Mangsa bersama dua pelatih diarahkan melakukan hukuman tekan tubi sebanyak 20 kali oleh suspek, sebelum dia bertindak memijak bahagian belakang leher sehingga menyebabkan mangsa tersungkur.

“Mangsa telah mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan Hospital Shah Alam, Selangor kerana mengalami kecederaan di bahagian hidung, luka bahagian gusi dan bibir, malah sebatang gigi hadapan turut patah,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Tambah Mohd Yusri, pihaknya telah memanggil suspek dan kesemua saksi yang terlibat dalam kejadian tersebut bagi membantu siasatan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan mes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan,” katanya. - Getaran, 12 Mac 2023.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 23 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 17 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok