web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Isu Penyelarasan Veteran, Kementerian Pertahanan Akan Laksana Pelbagai Formula

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2023 3:46PM

Mohamad Hasan berkata kementerian akan cuba memastikan segala kertas cadangan berkenaan isu penyelarasan pencen dapat diterima oleh kerajaan dan direalisasikan menerusi pembentangan Belanjawan akan datang - Gambar Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan akan mencari formula terbaik bagi memastikan isu penyelarasan pencen veteran Angkatan Tentera (ATM) dapat ditangani dengan sempurna.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia melibatkan penerokaan beberapa pilihan supaya dapat mengimbangi bebanan kewangan dan kebajikan.

“Kita akan meneliti sebaik mungkin pelbagai opsyen supaya kita mengimbangi antara bebanan kewangan dan kebajikan.

“Saya sudah minta timbalan menteri sendiri memberi tumpuan kepada itu ini dan berbincang dengan semua pemegang taruh, termasuk persatuan (veteran ATM) untuk kita dapat mencari satu langkah yang menang-menang kepada semua,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Pengumuman Dividen LTAT di Menara Chulan, di sini hari ini. 

Mengakui agak sukar untuk memenuhi permintaan berkenaan penyelarasan pencen warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kerana melibatkan impak kewangan yang besar, Mohamad bagaimanapun memberi jaminan, pihaknya akan berusaha memastikan ia dapat diselesaikan. 

Menurut beliau, kementerian akan cuba memastikan segala kertas cadangan berkenaan isu penyelarasan pencen dapat diterima oleh kerajaan dan direalisasikan menerusi pembentangan Belanjawan akan datang.

“Kalau buat (pelarasan) pun, bukan untuk tahun kewangan ini. Saya tak janjikan kepada sesiapa, tetapi kita perlu mengambil kira opsyen yang boleh diterima kerajaan pusat dan menggembirakan semua (veteran tentera),” katanya. - Getaran, 13 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 7 bulan yang lalu

Malaysia Bakal Sertai Latihan Ketenteraan Cobra Gold Bulan Ini

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Nahas 3 Tentera: Ibu Sukar Percaya Anak Sudah Tiada

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Skim Pencen Wakil Rakyat: DAP Bersama Kerajaan - Loke

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Tanggungjawab Moral Untuk Ahli Politik, Pesara Pilih Satu Pencen - PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 18 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 1 hari yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula