web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Skim Pencen Wakil Rakyat: DAP Bersama Kerajaan - Loke

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2024 8:18PM

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - DAP tetap bersama-sama kerajaan dalam membuat perubahan membabitkan isu skim pencen wakil rakyat, kata Setiausaha Agung parti itu, Anthony Loke.

Beliau berkata, sebagai anggota pentadbiran kerajaan dan pemimpin politik, tiada masalah bagi anggota parti itu mengikut perubahan berkenaan dan mereka bersedia berkorban bagi mendepani cabaran besar terhadap kewangan negara.

"Soal pencen itu kita tidak ada masalah, DAP akan bersama-sama dengan kerajaan dalam membuat perubahan ini kerana perubahan yang kita kena buat ini adalah disebabkan cabaran besar kepada kewangan negara.

"Saya yakin ini satu semangat yang kita akan bawa dalam parti dan kerajaan kerana apabila kita buat sebarang perubahan, sudah tentu sebagai pemimpin politik kita kena tunjuk contoh dan teladan yang baik," kata Menteri Pengangkutan itu pada Sidang Media Nombor Pendaftaran Istimewa di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini dilaporkan berkata, wakil rakyat yang menerima lebih daripada satu skim pencen memiliki tanggungjawab moral untuk memilih hanya satu skim pencen.

Perkara itu juga susulan pengumuman oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa pengambilan penjawat awam baharu secara kontrak dilakukan untuk tempoh singkat sebelum Kabinet meluluskan dasar pengambilan baharu secara tetap tetapi tidak berpencen.

Dalam pada itu, Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata, Akta Saraan Ahli Parlimen dan enakmen di setiap Dewan Undangan Negeri perlu dipinda bagi tujuan itu.

"Contohnya macam saya, saya juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)....ADUN ada pencen di bawah negeri, bukan dari Persekutuan.

"Jadi kalau dalam keadaan di mana seseorang itu ada pelbagai kapasiti, mungkin kena ada pindaan undang-undang untuk hadkan seseorang itu hanya layak terima satu pencen," kata ADUN Chennah itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengganti Chow Kon Yeow Di Pulau Pinang Jadi Tanda Tanya

3

3 bulan yang lalu

Permit Bas Persiaran Terlibat Kemalangan Di Genting Tamat Tempoh Februari Lepas 

4

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Lihat Sendiri Jumlah Permohonan Yang Diterima, Bukan Semua Orang Cina!’ - Syahredzan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 1 hari yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 19 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok