web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mayat Bayi Dihurung Semut Ditemui

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2021 9:55AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mayat seorang bayi lelaki cukup sifat yang masih bertali pusat dipercayai ditinggalkan sejak dua hari lalu ditemui di tepi Jejantas Jalan Jepun, Kampung Delek Taman Muhamad Yamin Klang, petang semalam.

Mayat bayi malang itu dijumpai dalam keadaan dihurung semut oleh seorang pengawal keselamatan wanita berusia 22 tahun yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner (ACP) Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat bayi terbabit pada jam 6.12 petang oleh seorang wanita.

“Menurut wanita itu, dia menjumpai mayat bayi berkenaan ketika dalam perjalanan balik ke rumah di Kampung Sungai Sireh dari tempat kerja di Sungai Jati.

“Pada awalnya, wanita terbabit nampak sepasang suami isteri berada di lokasi yang memaklumkan mengenai mayat itu tetapi tidak menghubungi polis, lalu wanita terbabit menghubungi MERS 999 untuk melaporkan penemuan berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Shamsul Amar berkata, siasatan mendapati, tempat kejadian adalah di bahagian bawah jejantas motosikal Jalan Jepun di tepi landasan kereta api.

“Jarak kawasan perumahan dengan tempat kejadian adalah 100 meter dan jarak dari landasan kereta api kira-kira 10 meter,” katanya.

Beliau berkata, tiada sebarang kesan kecederaan ketika pemeriksaan awal pada tubuh badan bayi itu dilakukan.

“Pemeriksaan pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor yang hadir ke tempat kejadian mendapati bayi lelaki itu cukup sifat dengan panjang anggaran kurang dari 60 sentimeter (CM) dan masih bertali pusat.

“Bayi itu dijangka dibuang ke lokasi kejadian sekitar dua hari, berdasarkan keadaannya yang dihurung semut.

“Polis juga masih menyiasat sama ada bayi itu masih hidup atau sudah meninggal dunia ketika ditinggalkan di situ,” katanya.

Katanya, mayat bayi itu akan dihantar ke Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat pada jam 2 petang hari ini.

Pada masa sama katanya, siasatan dan usaha mengesan suspek diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan. - Getaran, 5 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia