web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Nama Syarikat Perlu Dirahsiakan Semasa Proses Tender Kerajaan – PM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2023 9:00AM

Anwar Ibrahim - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, nama syarikat yang membida projek kerajaan perlu dirahsiakan semasa proses penganugerahan tender.

Menurut Anwar yang juga pengerusi Pakatan Harapan, ini bagi memastikan syarikat yang dipilih itu dianugerahkan kontrak berdasarkan prestasi dan kemampuan sendiri.

“Dalam mesyuarat dengan jawatankuasa tender hari ini untuk membuat keputusan berhubung projek besar, saya beritahu mereka (kerajaan) bahawa nama syarikat berkenaan tidak seharusnya didedahkan.

“Kami menetapkan (mengenai syarikat) perlu dibuat berdasarkan rekod prestasi dan keupayaan kewangannya.

“Ini sepatutnya menjadi prinsip panduan apabila memberi penganugerahan tender,” kata Anwar yang mencadangkan syarikat itu sebaliknya dilabel dengan cara berbeza.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada sambutan ulang tahun ke-50 Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) di sini, malam tadi.

Walaupun Ahli Parlimen Tambun itu tidak memberikan butiran mengenai mesyuarat berkenaan atau "projek utama" yang disebut, beliau berkata, ia adalah "permulaan yang baik" untuk memastikan ketelusan yang lebih baik dalam pemerolehan kerajaan.

Pada 2017, mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, projek besar kerajaan akan melalui proses tender tanpa nama untuk mengelak dakwaan pilih kasih dan berat sebelah apabila ia melibatkan pemberian kerja kepada syarikat swasta.

Pendekatan itu katanya, diperkenalkan semasa penyerahan tender projek Pengangkutan Aliran Massa. – The Vibes, 16 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 4 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 4 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia