web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Elaun Pembantu Penyelidik Siswazah Naik Ikut Kelayakan Akademik Bermula 2021

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2021 8:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA – Elaun kira-kira 11,000 pembantu penyelidik siswazah (GRA) dalam skim pembiayaan Dana R&D MOSTI dinaikkan mengikut kelayakan akademik bermula tahun ini, demikian menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

MOSTI dalam kenyataan hari ini memaklumkan elaun GRA Doktor Falsafah dinaikkan kepada RM3,200 manakala GRA Sarjana pula RM3,000.

Menurut MOSTI, pada 2006 sehingga 2020, siling elaun yang dibenarkan untuk dibayar kepada seorang GRA di bawah Dana R&D MOSTI adalah sebanyak RM2,500 sebulan untuk tempoh antara 18 hingga 36 bulan.

"Kadar elaun yang ditawarkan sebelum ini masih rendah berbanding jawatan lain dengan kelayakan akademik yang sama," menurut MOSTI.

GRA bertanggungjawab untuk membantu penyelidik dan pensyarah melaksanakan tugas penyelidikan seperti melakukan kerja makmal, melakukan analisis, mengutip sampel di lapangan dan tugasan lain berkaitan projek penyelidikan.

Menurut MOSTI, empat dana penyelidikan MOSTI iaitu Dana Penyelidikan Strategik (SRF), Dana Pembangunan Teknologi 1 (TeD1), Dana Pembangunan Teknologi 2 (TeD2) dan Dana Bridging (BGF) menawarkan lantikan GRA dengan jumlah elaun yang spesifik mengikut tahap pengajian yang sedang dijalani.

Selari dengan kemahiran yang dimiliki oleh GRA, MOSTI menjelaskan elaun mereka perlu ditambah baik dengan mengambil kira kadar elaun semasa yang diterima GRA berbanding perkara seperti gaji permulaan termasuk elaun pegawai teknikal penyelidik dan sains yang bertaraf tetap.

Turut diambil kira ialah kadar inflasi mengikut kiraan Indeks Harga Pengguna dan taburan pendapatan isi rumah mengikut Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2019, Jabatan Perangkaan Malaysia, katanya.

"Hasrat utama MOSTI dan kerajaan adalah supaya projek-projek penyelidikan yang dilaksanakan di institut pengajian tinggi dan pusat penyelidikan kerajaan dapat menjadi platform dan pemangkin pertumbuhan ekonomi melalui penerokaan idea baharu, kualiti penyelidik dan GRA, perlu bergerak selari dengan visi serta misi yang dinyatakan serta memangkin penciptaan teknologi dan inovasi," katanya. – Bernama

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 10 bulan yang lalu

Yuran Pengajian Pelajar Palestin Di Universiti Awam Dikecuali Setahun

2

Semasa 1 tahun yang lalu

KPT, KSM Perlu Kerjasama Wujud Dana Latihan Industri

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Laporan Dakwaan Pelajar Pelatih Tidak Dibayar Elaun Sedang Diteliti - PM

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Laporan Dakwaan Pelajar Pelatih Tidak Dibayar Elaun Sedang Diteliti - PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 15 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang