web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Semua Pihak Sila Jangan Rentas Negeri - Sultan Muhammad V

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 06 May 2021 12:54PM

Dewan Utama Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian merupakan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) terbaharu dan terbesar setakat ini di Kelantan. - Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menitahkan supaya rakyat negeri ini, perantau, golongan kenamaan dan selebriti supaya tidak merentas negeri sekiranya tiada kecemasan.

Titah baginda, ia berikutan penularan Varian Afrika Selatan B:1:351  di negeri itu yang  berpunca daripada aktiviti rentas negeri.

Pada masa yang sama, baginda turut menyarankan supaya peniaga mengutamakan pengurusan perniagaan di atas talian.

Setiausaha Sulit Kanan kepada Sultan Muhammad V, Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan berkata, baginda menzahirkan kebimbangan berikutan peningkatan mendadak kes COVID-19 sehingga mencecah lebih 400 sehari, sejak pertengahan April.

"Unit Rawatan Rapi (ICU) hampir memenuhi kapasiti dan turut menjejaskan pesakit sedia ada sehingga terpaksa ditempatkan di wad biasa.

"Jumlah pesakit yang meningkat memaksa kerajaan negeri membuka hospital lapangan di Padang Perdana dan ini menunjukkan situasi kritikal di Kelantan,” katanya di sini hari ini.

Nik Mohd Shafriman berkata, baginda amat berdukacita apabila melihat ramai rakyat Kelantan masih mengambil ringan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan menyeru semua pihak untuk mengambil serius perkara itu.

“Baginda bertitah, rakyat negeri ini perlu memakai pelitup muka, mengamalkan penjarakan sosial dan menjaga kebersihan tangan untuk mengelak jangkitan COVID-19.

"Baginda benar-benar berharap seluruh rakyat bekerjasama dalam melindungi ahli keluarga dan orang sekeliling dan berempati dengan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang banyak berkorban sejak awal pandemik demi mengekang penularan COVID-19, terutama menjelang Aidilfitiri minggu hadapan,” katanya.

Menurut beliau, baginda turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh kakitangan KKM yang tidak mengenal penat lelah memberikan khidmat untuk segenap lapisan masyarakat.

“Sempena minggu terakhir Ramadan, baginda mengajak semua rakyat untuk sama-sama berdoa ke hadrat Allah SWT supaya penularan COVID-19 dapat dibendung secepat mungkin dan tindakan kolektif yang diambil oleh rakyat akan segera melandaikan lengkuk jangkitan,” katanya. – Getaran, 6 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Polis Tahan Lelaki Palsukan Surat Tukar Hak Milik Kereta Guna Jata Tubuh Sultan Kelantan

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Projek KSSA Tetap Diteruskan Tapi Tidak Secara Tergesa-Gesa - MB Selangor

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Syukuri Nikmat Kebebasan Beragama, Ambil Iktibar Musibah Di Palestin - Agong

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Bahas Titah Diraja Secara Mendalam, Elak Cemuhan - Fahmi

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia