web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Cari Wanita Kantoi Curi Barangan Jemaah Masjid

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2023 4:57PM

Perbuatan suspek berusia lingkungan 40-an itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) masjid terbabit sebelum videonya tular di media sosial. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan seorang wanita disyaki terlibat dalam kejadian mencuri barangan milik jemaah di Masjid Taman Temerloh Jaya di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff berkata, perbuatan suspek berusia lingkungan 40-an itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) masjid terbabit sebelum videonya tular di media sosial.

Menurutnya, siasatan dijalankan pihak polis selepas menerima dua laporan berkaitan kejadian tersebut, kelmarin. 

“Berdasarkan rakaman video berdurasi dua minit itu, kejadian dipercayai berlaku pada jam 8.48 malam di ruangan solat wanita masjid berkenaan. 

“Suspek yang datang ke masjid menggunakan kereta jenis Proton Wira berwarna biru atau kelabu, dipercayai mencuri barangan peribadi milik jemaah wanita dengan anggaran kerugian RM3,500,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Susulan laporan diterima, Mohd Azhar berkata, kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan. 

“Jika terbukti bersalah, suspek boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya. 

Sehubungan itu, Mohd Azhar berkata, pihaknya kini sedang giat mengesan suspek dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung wanita terbabit supaya tampil membantu siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan suspek, boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat kes Sin Md Tarmizan Mohamed di talian 013-3418771. 

“Masyarakat juga boleh maklumkan perkara itu kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh di talian 09-2716222 atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya. - Getaran, 21 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia