web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Desakan Najib Wajib Naik Kos Haji Akhirnya Tercapai

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 23 Mar 2023 2:40PM

Najib juga berulang kali memberi amaran sejak Januari 2019 bahawa kadar hibah TH akan menurun serendah 3.0 peratus pada tahun berikutnya. - Gambar oleh Mohd Hazli Hassan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ingatan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa harga pakej haji terpaksa dinaikkan akibat kos yang semakin meningkat, akhirnya tercapai. 

Perkara itu terbukti apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar pada 14 Mac lalu memaklumkan, kos menunaikan haji bagi tahun ini akan meningkat kepada RM30,850 setiap jemaah.

Penganalisis politik, Lim Sian See berkata, Najib juga berulang kali memberi amaran sejak Januari 2019 bahawa kadar hibah TH akan menurun serendah 3.0 peratus pada tahun berikutnya.

Menurut beliau, bekas Ahli Parlimen Pekan itu membuat ramalan tersebut apabila kerajaan terdahulu di bawah Pakatan Harapan (PH) menukar strategi pelaburan TH selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Tiap-tiap tahun, Najib desak kerajaan untuk kaji semula dasar TH tapi kerajaan tak mahu dengar.

“Akhirnya terbukti benar bahawa hibah TH bagi setiap tahun pada awal tahun 2019 adalah sekitar kadar 3.0 peratus dan tidak lagi tinggi sehingga 6.0 peratus hingga 8.0 peratus seperti pada zaman Najib.

“Terbukti juga bahawa TH akan terpaksa naikkan harga pakej haji sebab tidak lagi mampu menanggung kos yang semakin naik,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

Sian See berkata, Najib bukan sahaja mendesak agar kerajaan melaksanakan kajian semula namun mantan Presiden UMNO itu turut menawarkan jalan penyelesaian. 

Jelasnya, penyelesaian dicadangkan bekas Presiden UMNO itu membolehkan TH menjana keuntungan yang lebih tinggi.

"Kerajaan sebenarnya mempunyai kuasa untuk memberi peluang yang baik kepada TH menjana lebih keuntungan.

"Sebagai contoh ialah pelaburan hartanah oleh TH melalui pembelian tanah di Tun Razak Exchange (TRX) daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB)," katanya. 

Bagaimanapun, sebelum PRU-14 , Sian See menegaskan, ramai pihak yang membantah pembelian tersebut sehingga menyebabkan TH menjual semula tanah terbabit kepada kerajaan PH.

Menurut beliau, situasi berbeza dialami oleh WCT Holdings Berhad (WCT) yang membeli lot tanah bersebelahan di TRX. 

“Syarikat WCT cool saja. Terus majukan projek yang bernilai RM1.4 bilion mereka untuk untung besar manakala TH sudah terlepas peluang.

“Untung ratusan juta yang boleh digunakan untuk kekalkan subsidi haji ataupun naikkan hibah terlepas,” jelasnya. 

Isnin lalu, Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, golongan T20 perlu membayar kos penuh manakala jemaah M40 pula sebanyak RM15,980, setelah ditolak bantuan kewangan haji 48 peratus.

Golongan B40 yang menikmati bantuan kewangan haji 61 peratus kekal membayar sebanyak RM10,980 seperti sebelum ini. - Getaran, 23 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

TH Komited Bantu Pasukan Petugas Khas Polis Tangani Isu Penipuan Pakej Haji

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Tengku Zafrul Beritahu Tentang Perintah Tahanan Rumah Najib, Kata MB Pahang

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Najib Dapat Persetujuan Kabinet Sebelum Luluskan Surat Sokongan Bon AS$3 Bilion

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia