web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ahli Politik, Individu Tanpa Tauliah Dilarang Berceramah Di Pulau Pinang

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2023 8:43PM

Arahan ketetapan berkaitan tatacara penggunaan masjid dan surau itu berkuatkuasa serta merta, seperti dikeluarkan oleh pekeliling Khamis lalu. - Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Individu yang tidak memiliki tauliah atau kebenaran daripada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dilarang untuk berceramah, menyampaikan khutbah atau mengajar perihal agama Islam di masjid serta surau negeri berkenaan.

Setiausaha MAINPP, Datuk Samsudin Bakar berkata, arahan ketetapan berkaitan tatacara penggunaan masjid dan surau itu berkuatkuasa serta merta, seperti dikeluarkan oleh pekeliling Khamis lalu. 

Menurut beliau, ia selaras dengan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 dan Kaedah-Kaedah Jawatankuasa Kariah dan Pegawai Masjid 1997.

"Ia juga mengikut kehendak, peruntukan enakmen dan kaedah tersebut. Jawatankuasa kariah atau surau boleh menganjurkan sebarang aktiviti berbentuk ceramah agama, usrah, tazkirah, kuliah, perkongsian ilmu dengan memenuhi syarat yang digariskan.

"Solat fardu lima waktu dan solat sunat berjemaah seperti tarawih hanya dibenarkan untuk diimamkan oleh imam lantikan atau yang dibenarkan oleh pihak berkuasa negeri," katanya hari ini. 

Samsudin berkata, MAINPP juga menetapkan setiap khatib yang bertugas hendaklah membaca sepenuhnya teks khutbah disediakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang tanpa ditokok tambah atau dipinda.

Malah, menurut beliau, khatib jemputan dilarang menyampaikan khutbah melainkan setelah mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa agama di negeri ini.

"Setiap kuliah yang disampaikan tidak boleh menyentuh isu-isu politik kepartian dan sensitiviti kaum atau agama serta menjaga adab sopan dari segi bahasa penyampaiannya.

"Tidak dibenarkan untuk mengedar, menjual, menggantung, menampal atau memacak sebarang bentuk penerbitan yang mengandungi fahaman, ideologi atau doktrin yang boleh menyentuh sensitiviti mana-mana pihak di bangunan masjid atau surau serta perkarangannya.

"Orang bukan Islam boleh memasuki masjid dan ruang solat dengan keizinan pihak pengurusan masjid dengan syarat menjaga perlakuan serta tingkah laku agar tidak mencemarkan kesucian masjid dan surau," jelasnya.

Beliau berkata, ketetapan berkenaan turut melarang individu yang memegang jawatan politik termasuk mereka yang menjadi calon pilihan raya dalam tempoh lima tahun untuk memimpin solat. 

"Pada masa sama, golongan terbabit juga tidak boleh menyampaikan khutbah atau ceramah atau merasmikan apa-apa program anjuran masjid dan surau kecuali ahli MAINPP.

"Penganjuran sebarang majlis oleh parti politik atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan politik juga dilarang," katanya. - Getaran, 23 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Sindiket Pengedaran Jus Dadah Lumpuh, Pelbagai Jenis Dadah Lebih RM500,000 Dirampas

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Lelaki Maut X50 Langgar Pembahagi Jalan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Sindiket Dadah Tumpas, 4 Lelaki Ditahan Bersama Dadah RM178,500

4

Semasa 2 bulan yang lalu

4 Rumah Musnah Dalam Kebakaran

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia