web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rohana Telah Pulangkan AS$10 juta, Aset IMDB Kepada SPRM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 24 Mar 2023 9:30PM

Rohana Rozhan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings Berhad, Datuk Rohana Rozhan telah memulangkan wang AS$10 juta (RM44.26 juta) dan aset dikaitkan dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada kerajaan Malaysia.

Menurut sumber daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semua wang termasuk aset itu dipulangkan kepada kerajaan tahun lalu iaitu selepas siasatan agensi tersebut selesai dijalankan. 

Menurut beliau, siasatan mendapati Rohana tidak mempunyai pengetahuan tentang sumber dana dikaitkan dengan penyelewengan 1MDB yang dihantar oleh bekas rakan kongsi Goldman Sachs Inc, Tim Leissner. 

"Sehubungan itu, Datuk Rohana telah memulangkan keseluruhan jumlah wang dan aset tersebut secara sukarela kepada kerajaan Malaysia.

"Oleh yang demikian, siasatan membabitkan Rohana berkaitan dengan dana 1MDB selesai dan tiada tindakan undang-undang susulan terhadapnya," katanya kepada Getaran, hari ini. 

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi Getaran mengesahkan pemulangan wang AS$10 juta tersebut. 

Bagaimanapun, beliau enggan memperincikan mengenai perkara itu dan sekali lagi menegaskan sebanyak RM28.93 bilion iaitu lebih kurang 70 peratus jumlah keseluruhan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang telah berjaya dikembalikan.

"Ya, kita sahkan perkara berkenaan," katanya ringkas. 

Semalam, media melaporkan Pejabat Peguam Negara (AGC) tidak mengetahui sama ada Rohana sudah mengembalikan wang dan aset itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dilaporkan berkata, Pejabat Peguam Negara tiada pengetahuan berkenaan perkara ini.

Beliau berkata demikian melalui jawapan bertulis di Dewan Rakyat bagi menjawab soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong) yang meminta Perdana Menteri menyatakan adakah Rohana sudah mengembalikan wang AS$10 juta kepada kerajaan.

Tahun lalu, Rohana menyatakan persetujuan untuk menyerahkan semula AS$10 juta yang diberikan oleh bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc Tim Leissner kepadanya.

Leissner ialah saksi utama pendakwaan bagi perbicaraan bekas rakan sekerjanya di Goldman Sachs Roger Ng yang didakwa membantu menyeleweng dana kekayaan 1MDB milik Malaysia ketika skim itu wujud dari 2009 hingga 2014. 

Sebelum ini, Leissner memberitahu Mahkamah New York bahawa beliau memberikan Rohana AS$10 juta yang mana bekas pegawai tertinggi Astro itu membeli sebuah rumah bernilai AS$7 juta (RM30.98 juta) di Montpelier Street, London.

Roger yang juga bekas pegawai bank Goldman Sachs pula turut didapati bersalah oleh mahkamah Amerika Syarikat kerana melakukan konspirasi menyeleweng ratusan juta dolar daripada 1MDB.

Dalam keterangannya sebelum itu, Leissner berkata, wang itu diberi kepada Rohana untuk membeli kediaman mewah berkenaan selepas wanita terbabit mengancam untuk mendedahkan pembabitannya dalam 1MDB.

Media pada Mac tahun lalu melaporkan, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, Rohana disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA) dan harta Rohana di London serta aset lain dibekukan. - Getaran, 24 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Rosmah Gagal Mohon Hakim Tarik Diri Dengar Kes Saman 1MDB

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Rosmah Nafi Beli Barangan Mewah Guna Dana 1MDB

3

Semasa 3 bulan yang lalu

AS Pulangkan RM721.4 Juta Dana 1MDB Kepada Malaysia

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Barangan Mewah Lebih AS$346 Juta: 1MDB, 10 Syarikat Saman Rosmah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia