web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Minat Komuniti Perniagaan Melabur Di Malaysia Bukti Kestabilan Negara - PM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2023 3:06PM

Anwar Ibrahim ketika tiba di Madinah semalam - Gambar ihsan Jabatan Perdana Menteri

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JEDDAH - Minat komuniti perniagaan Arab Saudi untuk datang melabur di Malaysia merupakan bukti kukuh terhadap kestabilan politik yang dinikmati negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata perkara itu telah dinyatakan oleh kedua-dua pengerusi Dewan Perniagaan Jeddah dan Dewan Perniagaan Nasional, yang ditemuinya semasa lawatan rasminya ke Arab Saudi.

Anwar berkata mereka jelas menyambut baik jemputan untuk melabur di Malaysia.

“Kedua-dua mereka bukan sahaja menyatakan betapa gembira dengan perkembangan ini, malah memberi jaminan bahawa, mereka akan mengambil tindakan segera. Mereka memang nantikan saat ini, memang kenal dengan negara kita, mereka telah berada di Malaysia sejak tahun 80-an dan 90-an.

“Namun kini mereka menunggu saat ini, apabila terdapat hala tuju kestabilan yang jelas dan komitmen bagi memastikan kemudahan menjalankan perniagaan, dan negara bebas daripada rasuah, dengan tumpuan diberikan kepada isu tadbir urus yang baik,” katanya dalam sidang media di penghujung lawatan rasmi tiga hari ke Arab Saudi di sini, hari ini.

Sehubungan itu Anwar berkata kerajaan meminta kritikan-kritikan yang lebih konstruktif dari pihak pembangkang, dan bukan hanya mengeluarkan kenyataan yang mungkin menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang awam mahupun komuniti antarabangsa, untuk melabur dalam negara.

“Apa sekalipun, hakikatnya saya telah meyakinkan mereka bahawa kerajaan sudah pastinya stabil, dan dalam mesyuarat terakhir anggota Kerajaan Perpaduan, terdapat pendirian kukuh yang jelas di pihak PH (Pakatan Harapan) dan BN (Barisan Nasional).…dan kemudian diikuti oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dari GPS (Gabungan Parti Sarawak).

“Tiga tonggak ini mewujudkan kerajaan dengan mandat kukuh dan majoriti di Parlimen, tapi seperti saya katakan, ia tidak akan menghentikan cubaan dan impian mereka yang idamkan kuasa tanpa mandat dan sokongan,” katanya.

Perdana Menteri diiringi oleh Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Fahmi Fadzil dalam lawatan ke Arab Saudi ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 jam yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

2

Semasa 17 jam yang lalu

Belia, NGO Perlu Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa - PM

3

Politik 1 hari yang lalu

PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan Hormat Pilihan Rakyat

4

Politik 3 hari yang lalu

PM Ucap Tahniah Kepada PM Baharu UK, Keir Starmer

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Buli Siber Dibentang Ke Jemaah Kabinet Minggu Depan

Semasa 12 jam yang lalu

Bom Mortar Dijumpai Dalam Rumah Sewa

Semasa 4 jam yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

Sukan 1 hari yang lalu

Selangor Mara Ke Separuh Akhir Piala FA Selepas Tempuh Aksi Dramatik