web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Suami Isteri Maut, Anak Cedera Parah Dalam Kemalangan Babitkan 5 Kenderaan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2023 9:33AM

Nahas berlaku ketika mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kuantan, Pahang selepas menziarahi ahli keluarga yang meninggal dunia di Besut. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANDAR PERMAISURI - Sepasang suami isteri maut manakala anak lelaki mereka cedera parah dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu dekat Kampung Selamat di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Setiu DSP Affandi Hussin berkata dalam kejadian yang berlaku pada 1.30 tengah hari itu, Faizul Azman Awang, 44, dan isterinya, Habshah Ismail, 42, meninggal dunia di tempat kejadian. 

Anak pasangan itu, Muhammad Daniel Dzulkarnain,13, pula cedera parah di bahagian muka dan menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Affandi berkata nahas berlaku ketika mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kuantan, Pahang selepas menziarahi ahli keluarga yang meninggal dunia di Besut.

“Setiba di lokasi kejadian, kenderaan Proton Exora yang dipandu Faizul Azman dipercayai bertembung dengan lori yang datang dari arah bertentangan,” katanya.

Beliau berkata pemandu lori dan kelindan serta 11 individu daripada tiga kenderaan lain iaitu Nissan Navara, Perodua Axia dan Toyota Wish tidak mengalami kecederaan.

“Mayat kedua-dua mangsa dikeluarkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk bedah siasat,” katanya.  

Affandi berkata siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kanak-kanak Maut Dilanggar Bapa Secara Tak Sengaja

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anak Perempuan KPD Lahad Datu Ditemui Maut, Berlumuran Darah Dalam Bilik

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Lelaki Parah Dipijak Gajah Di Gerik

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Memandu Secara Berbahaya, Kontraktor Didakwa Sebabkan Kematian 2 Beradik

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan Hormat Pilihan Rakyat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Tragedi Cari Lokan: Kanak-Kanak Maut Terjatuh Tasik

Semasa 7 jam yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

Semasa 16 jam yang lalu

Bom Mortar Dijumpai Dalam Rumah Sewa