web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MOT Arah PRASARANA Bincang Masalah Teknikal LRT, MRT

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 28 Mar 2023 6:29PM

Anthony Loke berkata, PRASARANA perlu lihat punca sebenar masalah teknikal ini, sebab dalam masa dua minggu ia kerap berlaku - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Kementerian Pengangkutan (MOT) mengarahkan Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan masalah teknikal melibatkan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT) yang sering berlaku kebelakangan ini.

Menterinya Anthony Loke Siew Fook berkata arahan itu diberikan kepada Pengerusi Kumpulan PRASARANA Tan Sri Jamaludin Ibrahim bagi mendapatkan semua laporan berhubung masalah teknikal dihadapi kedua-dua perkhidmatan tersebut.

Beliau berkata kementerian akan mengambil pelbagai langkah bagi mengatasi sebarang isu yang berlaku, sekali gus berharap insiden gangguan teknikal di landasan LRT Kelana Jaya yang mengakibatkan kelewatan semalam tidak berulang.

“Saya berasa amat kesal dan memohon maaf kepada semua penumpang yang terlibat, terutamanya warga kerja yang bergegas pulang ke rumah untuk berbuka puasa, sudah tentu apa yang berlaku pada waktu puncak semalam memberikan kesan kepada ramai penumpang.

“Mereka (PRASARANA) perlu lihat punca sebenar masalah teknikal ini, sebab dalam masa dua minggu ia kerap berlaku, semalam di laluan LRT Kelana Jaya dan baru-baru ini di MRT Laluan Kajang,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Pas Tanpa Had MyBAS50 dan bas elektrik di Larkin Sentral di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan mengenai operasi perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya, yang mengalami kelewatan disebabkan kerosakan pada sistem perhubungan tren di Stesen Taman Bahagia, semalam.

Berhubung lapan individu yang terlibat dalam nahas LRT Laluan Kelana Jaya pada Mei 2021, memfailkan saman terhadap Rapid Rail Sdn Bhd dan PRASARANA, Loke menjelaskan beliau menghormati hak kesemua mangsa untuk mengambil tindakan.

“Saya tidak boleh beri komen lanjut...apa yang boleh saya nyatakan bahawa kita berasa simpati terhadap (mangsa) kemalangan itu dan kita hormati hak mereka,” katanya.

Semalam, dilaporkan kesemua lapan individu memfailkan saman terhadap Rapid Rail dan PRASARANA atas dakwaan cuai kerana gagal memastikan pengangkutan awam itu beroperasi dengan selamat sehingga menyebabkan mereka mengalami kecederaan.

Dalam insiden pada 8.45 malam 24 Mei 2021 itu, seramai 47 penumpang tren dilaporkan parah manakala 166 orang cedera ringan apabila sebuah tren yang membawa penumpang dan sebuah tren rosak yang sedang dipandu uji bertembung. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Kuota Dan Syarat Semakin Ketat, Sekolah Memandu Kehilangan Tenaga Pengajar

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Nombor Plat FFF 1 Milik Agong, Salur Nilai Bidaan RM 1.75 Juta Kepada Kerajaan

4

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Laju Sangat...Kan Dah Kena Saman

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia