web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Isu Pembekalan Buruh Asing, Tanah Rizab Melayu Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2023 9:56AM

Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Isu berkaitan pembekalan tenaga buruh asing ke negara ini dan kadar keluasan asal Tanah Rizab Melayu di Semenanjung dijangka menjadi tumpuan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat yang disiarkan di laman rasmi Parlimen, Chow Kon Yeow (PH-Batu Kawan) bertanyakan Menteri Sumber Manusia mengenai senarai rundingan yang sedang, telah dan juga dalam proses dengan negara berpotensi membekalkan tenaga buruh ke dalam negara.

Soalan itu dikemukakan Chow pada sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan yang turut meminta jumlah bilangan pekerja yang dijangka dibawa masuk dan tempoh untuk mengatasi isu kekurangan tenaga buruh yang dihadapi setiap industri pada masa ini.

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Semporna) turut meminta Menteri Sumber Manusia menyatakan sama ada kerajaan akan merangka satu dasar yang jelas dan kukuh bagi mengatasi isu kekurangan tenaga kerja di samping mengelak berlaku kebanjiran warga asing dalam negara.

Turut dijangka menjadi tumpuan ialah pertanyaan Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib (PN-Maran) kepada Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim mengenai jumlah keluasan asal Tanah Rizab Melayu mengikut negeri di Semenanjung dan langkah kerajaan mengatasi isu keluasan yang semakin berkurangan.

Selain itu, Datuk Seri Hasni Mohammad (BN-Simpang Renggam) turut meminta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan status terkini mengenai hasrat negara menuju 'Carbon Neutral' menjelang 2050 di bawah Rancangan Malaysia Ke-12.

Selesai sesi itu, Rang Undang-undang Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (Pindaan) 2023 dijangka akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua hari ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Dewan Rakyat Rakam Takziah Kepada Keluarga Syed Husin

3

Politik 3 bulan yang lalu

‘Jangan Hipokrit, Bukankah Pemimpin PN Sendiri Luluskan BlackRock?’ - PM

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kekotoran Laut Di Langkawi 'Out Of Control’ - MP Langkawi 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia