web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


JAIPK Siasat Dakwaan Ayam Tidak Disembelih Di Kuala Kangsar

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2023 6:09PM

JAIPk akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan sebuah pasar raya di Kuala Kangsar menjual ayam segar yang tidak disembelih mengikut hukum syarak. - Gambar JAIPk

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan sebuah pasar raya di Kuala Kangsar menjual ayam segar yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.

Pengarah JAIPk, Harith Fadzilah Abdul Halim berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan membabitkan dakwaan tersebut meskipun belum menerima aduan secara rasmi. 

“Siasatan akan dijalankan oleh Bahagian Pengurusan Halal JAIPk walaupun dakwaan itu hanya dibuat di media sosial.

“Ini kerana kita mahu pastikan umat Islam makan yang halal lagi Toiyyiban (suci),” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan seorang wanita di Facebook yang mendakwa terdapat kesan tebuk pada leher ayam dibelinya, sekali gus menyimpulkan bahan mentah itu sebagai tidak halal.

Wanita berkenaan turut memuat naik gambar ayam yang dibelinya di sebuah pasaraya di Kuala Kangsar, Perak iaitu TF Value-Mart sehingga ia tular di media sosial sejak malam tadi. 

Katanya, pekerja pasar raya terbabit sebelum ini sering berdalih apabila diminta memberi kepala ayam segar ketika dia membuat pembelian. 

Dalam pada itu, Jurucakap TF menerusi kenyataan menyangkal dakwaan tersebut dan kesal dengan kritikan pelbagai pihak yang mempersoalkan sijil halal dalam menguruskan penyembelihan ayam. 

"Kami memandang serius perkara ini dan menghargai maklum balas anda. Kita kesal mendengar anda kecewa dengan pensijilan kami dan mengakui bahawa kesilapan boleh berlaku. 

"Namun, pegawai Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kuala Kangsar telah menjalankan pemeriksaan menyeluruh terhadap dokumen kami dan mendapati tiada masalah dengan pensijilan halal itu," katanya. 

Jelasnya, syarikat juga menarik nafas lega kerana tidak melakukan sebarang kesalahan.

Bagaimanapun, Jurucakap TF memaklumkan, orang ramai boleh melaporkan kepada pihaknya sekiranya terdapat kemusykilan atau kebimbangan agar kelemahan itu dapat diperbaiki dengan sebaiknya. 

"Di TF Value-Mart, kami berusaha untuk mengekalkan piawaian tertinggi pensijilan halal untuk semua kedai kami, dan kami menghargai kepercayaan anda terhadap produk kami. 

"Kami akan terus bekerja keras untuk menegakkan piawaian ini dan memastikan semua pelanggan kami boleh membeli-belah dengan yakin," katanya. - Getaran, 29 April 2023
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 bulan yang lalu

Bekalan, Harga Ayam Terkawal - MyCC

2

Semasa 11 bulan yang lalu

Subsidi Ayam Tamat Rabu, Subsidi Telur Diteruskan - Menteri

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Tarikh Laksana Pengapungan Harga Ayam, Telur Diumum 30 Oktober - Menteri

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Harga Ayam Naik? Tiada Laporan Kekurangan Bekalan Diterima Di Peringkat Ladang - DVS

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia