web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pasar Raya Terbakar, Pekerja Dan Pengunjung Kelam Kabut

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2021 8:50PM

Pekerja sebuah pasar raya berkumpul di luar bangunan ketika Bomba memadamkan api di Bandar Meru Raya, Ipoh, hari ini. - Gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Keadaan di sebuah pasar raya di Bandar Meru Raya, di sini, menjadi kelam kabut selepas pekerja dan pelanggan dikejutkan dengan kebakaran yang berlaku membabitkan tempat penyimpanan pakaian.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 2 petang, dua pekerja lelaki turut berdepan detik cemas apabila terperangkap di dalam premis berkenaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru bergegas ke lokasi kejadian dengan bantuan BBP Ipoh dan Sungai Siput sebaik menerima panggilan kecemasan.

Katanya, anggota yang tiba meminta pihak pengurusan mengosongkan bangunan dengan mengarahkan semua pengunjung dan pekerja pasaraya itu keluar, sebelum berkumpul di ruang khas di luar pasar raya itu.

Menurutnya, anggota kemudiannya memotong pintu kedai yang terkunci dan berjaya membawa keluar dua pekerja, masing-masing berusia 18 tahun.

“Kedua-dua mereka dalam keadaan hampir lemas dan kemudiannya diserahkan kepada Kementerian Kesihatan untuk rawatan akibat terhidu asap.

“Premis berkeluasan 24x20 kaki persegi terbakar 50 peratus dan ia digunakan untuk menyimpan stok pakaian baju kurung," katanya di sini hari ini.

Jurucakap berkenaan berkata, operasi memadamkan api ditamatkan sejam kemudian dan kejadian itu tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa. - Getaran, 7 Mei 2021
 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki