web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kes Perbicaraan Najib, Irwan Babit Pecah Amanah RM6.6 Bilion Ditangguh Mei

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2023 11:33AM

Perbicaraan Najib Razak dan Mohd Irwan Serigar Abdullah membabitkan enam pertuduhan pecah amanah jenayah bernilai RM6.6 bilion ditangguhkan ke Mei - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perbicaraan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah membabitkan enam pertuduhan pecah amanah jenayah bernilai RM6.6 bilion ditangguhkan ke Mei.

Dalam permohonan penangguhan perbicaraan hari ini, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini, bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) sudah menerima surat representasi daripada peguam Irwan.

“Peguam Negara (Tan Sri Idrus Harun) sudah mengarahkan pihak pendakwaan memohon penangguhan perbicaraan sementara beliau mempertimbangkan (surat representasi),” katanya.

Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kemudian berkata, surat representasi juga akan dihantar bagi pihak Najib kerana terdapat perbincangan berterusan membabitkan dana berkaitan Syarikat Pelaburan Petroleum Antarabangsa (Ipic) membabitkan pertuduhan Najib dan Irwan.

“Kami dimaklumkan terdapat perbincangan penyelesaian antara kerajaan dan Ipic membabitkan dana sama dinyatakan dalam kes ini.

“Kita mohon perbicaraan diteruskan sama ada pada 29 atau 31 Mei ini. Jika perkembangan yang kita jangkakan berlaku, mungkin kes ini tidak perlu diteruskan,” kata Shafee.

Mengambil maklum bahawa surat representasi anak guamnya sebelum ini kira-kira dua tahun lalu ditolak AGC, beliau berkata, surat representasi baharu itu yang sepatutnya dihantar dalam beberapa minggu akan datang bakal mengambil kira ‘perkembangan terkini’.

Beliau juga menegaskan mahkamah perlu membenarkan kes dana kekayaan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) membabitkan Najib diselesaikan terlebih dahulu, sebelum perbicaraan hari ini diteruskan kerana terdapat ‘pertindihan’ dalam banyak isu.

Peguam Datuk K Kumaraendran yang mewakili Irwan memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan masih belum menjawab surat representasi anak guamnya sebelum ini, walaupun sudah dihantar pada 18 Februari 2020.

Beliau juga berkata, permintaan pihak pembelaan untuk mendapatkan beberapa dokumen daripada pihak pendakwaan diabaikan kerana dokumen tersebut masih belum diserahkan.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin kemudian memutuskan perbicaraan akan disambung semula pada 29 Mac.

Februari lalu, dilaporkan Ipic dan Aabar Investments PJS (Aabar PJS) bersetuju membayar AS$1.8 bilion (RM8.1 bilion) kepada Kementerian Kewangan Diperbadankan (MoF Inc) dan 1MDB.

Ini berlaku selepas hakim London pada November, memberi kebenaran kepada Malaysia untuk mendesak kesnya terhadap Ipic milik kerajaan Abu Dhabi dan Aabar PJS kerana peranan mereka dalam skandal kewangan 1MDB.

Pada 24 Oktober 2018, Najib dan Irwan mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan pecah amanah jenayah berjumlah RM6.6 bilion dana kerajaan membabitkan pembayaran kepada Syarikat Pelaburan Petroleum Antarabangsa.

Najib dan Irwan didakwa melakukan kesemua kesalahan itu bersama-sama di Kompleks Kementerian Kewangan, Putrajaya antara 21 Disember 2016 dan 18 Disember 2017.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat serta denda jika sabit kesalahan. – The Vibes, 3 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Penyelia Restoran Didakwa Pecah Amanah Wang Syarikat Lebih RM80,000

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Tengku Zafrul Beritahu Tentang Perintah Tahanan Rumah Najib, Kata MB Pahang

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Najib Dapat Persetujuan Kabinet Sebelum Luluskan Surat Sokongan Bon AS$3 Bilion

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut