web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lelaki Miang Sering Intai Jiran Mandi, Diberkas Polis

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2023 5:41PM

Seorang lelaki yang diberkas polis selepas mengintai isteri jirannya mandi di Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang - Gambar Hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Perumpaan itu menggambarkan tindakan seorang lelaki yang diberkas polis selepas mengintai isteri jirannya mandi dalam kejadian di Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang, semalam.

Menurut sumber Polis Diraja Malaysia (PDRM), perbuatan terkutuk yang dilakukan suspek berulang kali itu terbongkar selepas disedari mangsa, selepas menerima video dirakam wanita terbabit.

“Ia menunjukkan suspek sedang mengintai dari belakang bilik mandinya pada jam 8 pagi. 

“Berdasarkan video terbabit juga, suspek didakwa mengintai mangsa yang juga pereka grafik berusia 32 tahun berkenaan dengan secara berdiri di atas kerusi,” katanya kepada Getaran, hari ini. 

Sumber berkata, mangsa yang terkejut dengan video diterima menerusi aplikasi WhatsApp itu, kemudian memaklumkan kejadian kepada suaminya sebelum membuat laporan polis.

Menerusi kenyataan berbeza, jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya memaklumkan, suspek ditahan sejurus pihak polis menerima laporan daripada mangsa.

“Hasil soal siasat mendapati suspek sudah beberapa kali mengintai mangsa sebelum ini.

“Suspek kini ditahan reman sehingga 6 April dan kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan,” katanya. 

Sehubungan itu, jurucakap IPD Barat Daya menyeru agar orang ramai yang mempunyai maklumat bagi sebarang kegiatan jenayah untuk menghubungi balai polis berhampiran. 

“Salurkan maklumat mengenai sebarang kejadian jenayah ke bilik Gerakan Polis Barat Daya di talian, 04-8664122, selain boleh menghantar maklumat menerusi talian 019-2238169 (WhatsApp). 

“Pada masa sama, masyarakat juga boleh membuat sebarang laporan atau aduan di Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya melalui Messenger,” katanya. - Getaran, 4 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia