web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PM Beri Jaminan Mahasiswa Bebas Kritik Kerajaan 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2023 1:44PM

Anwar Ibrahim - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Mahasiswa serta pelajar bebas memberikan kritikan serta menyuarakan pandangan mereka untuk menegur kerajaan. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia penting untuk melahirkan golongan pelajar yang mempunyai daya fikir kritikal, sekali gus menjadikan institusi pengajian sebagai platform percambahan idea.

Menurut Anwar ia penting untuk melahirkan golongan pelajar yang mempunyai daya fikir kritikal, sekali gus menjadikan institusi pengajian sebagai platform percambahan idea. - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Menurut Anwar ia penting untuk melahirkan golongan pelajar yang mempunyai daya fikir kritikal, sekali gus menjadikan institusi pengajian sebagai platform percambahan idea. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Bagaimanapun, menurut beliau, mahasiwa perlu kreatif untuk memberi pandangan tanpa mencerca, ucapan bersifat perkauman atau fahaman agama melampau.

"Boleh sahaja diberi kebebasan kegiatan mahasiswa. Ada perkara kita setuju dan kadang-kadang kita bangkang kerana ia tidak betul. 

"Kalau terlalu keterlaluan (mahasiswa) kita tegur seperti kebebasan akademik atau fahaman Islam yang terlalu ekstrem, itu tidak diizinkan," katanya pada sesi dialog bersama mahasiswa di Universiti Teknologi Mara, hari ini.

Perdana Menteri berkata, setiap lontaran pendapat perlu dibuat secara berfakta, tidak melulu dan beremosi, malah mereka perlu bertanggungjawab dalam setiap tindakan yang dilakukan.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu turut menyambut baik pelaksanaan program tersebut yang merupakan antara wadah dan mekanisme terbaik bagi mahasiwa untuk menegur kerajaan atau Perdana Menteri. 

"Dulu kita membuat bantahan (ketika menjadi mahasiswa) susulan tiada ruang diberikan kepada kami, namun saya telah ubah benda terbabit dan telah memberi arahan agar beri peluang kepada pelajar untuk bersuara. 

"Jangan ambil tindakan atau kaedah seperti saya gunakan pada zaman 70an. Mahasiswa kena fikir dengan lebih terperinci dan kreatif apakah cara terbaik untuk menegur kerajaan," katanya. 

Dalam pada itu, ditanya punca Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dihalang masuk ke UiTM, Anwar berkata, kerajaan tidak pernah menyekat kebebasan suara ahli politik untuk mengadakan aktiviti di universiti. 

Namun, beliau menegaskan, kemungkinan wujud perkara yang boleh menimbulkan perpecahan kaum sehingga sesi dialog bersama Syed Saddiq terpaksa dibatalkan oleh UiTM. 

"Kita tak pernah sekat tetapi kalau ada sikap boleh membawa rusuhan sehingga suasana harmoni dalam kampus itu boleh rosak, itu saya larang sama sekali. 

"Kita beri kelonggaran bukan bermaksud boleh lakukan perbuatan melampau. Kena maklumkan secara terperinci dengan pihak universiti seperti mana orang nak datang rumah, mesti kita akan dimaklumkan terlebih dahulu," katanya. 

MUDA sebelum ini melahirkan rasa kesal dengan jawapan balas pihak pengurusan UiTM Shah Alam yang menolak permohonan mereka untuk mengadakan dialog ‘Intern Bukan Buruh Paksa’ bersama Ahli Parlimen Muar. 

Setiausaha Agungnya, Amir Hadi berkata, program yang dijadualkan berlangsung pada 29 Mac lalu di Dataran Cendekia, UiTM Shah Alam itu ditolak dengan alasan ingin mengekalkan keharmonian kampus.

Bagaimanapun, Syed Saddiq mengesahkan beliau telah dimaklumkan bahawa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM  memberikan tarikh baharu bagi sesi dialog tersebut. - Getaran, 7 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 3 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 3 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia