web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jawatankuasa Ditubuh Untuk Putuskan Isu Pentadbiran Pelabuhan Bintulu - Fadillah

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2023 7:13AM

Fadillah Yusof berkata kerajaan pusat telah menerima surat daripada Sarawak berhubung permintaan negeri itu untuk mengambil alih Pelabuhan Bintulu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Satu jawatankuasa melibatkan kerajaan Persekutuan dan Sarawak akan diwujud bagi memutuskan keperluan pentadbiran Pelabuhan Bintulu diserah kepada kerajaan negeri, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof. 

Beliau berkata kerajaan pusat telah menerima surat daripada Sarawak berhubung permintaan negeri itu untuk mengambil alih Pelabuhan Bintulu yang terletak kira-kira 626 kilometer ke utara dari sini.  

Susulan itu, Fadillah memaklumkan mesyuarat membabitkan agensi berkaitan akan diadakan bagi mendapatkan pandangan pelbagai pihak mengenai status pelabuhan berkenaan. 

“Perundingan akan dimulakan sebab surat baru diterima. Kita juga akan berbincang dengan Kementerian Kewangan untuk melihat perincian dan pandangan pihak (kerajaan) Persekutuan sama ada mereka setuju untuk serahkan pentadbiran Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak mengikut apa yang diperuntuk dalam Perlembagaan Persekutuan dan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat tarawih di Masjid Darul Ibadah di sini malam ini. 

Pada Januari, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata negeri itu akan berbincang dengan kerajaan Persekutuan untuk tidak meneruskan status Pelabuhan Bintulu sebagai sebuah pelabuhan persekutuan.

Abang Johari berkata langkah itu akan membolehkan pelabuhan tersebut diurus dan dimajukan lagi sebagai pelabuhan negeri sekali gus mengubahnya sebagai hab pengangkutan di rantau Asia Pasifik.

Fadillah juga berkata Sabah dan Sarawak meminta agar tanah milik kerajaan Persekutuan yang tidak dimajukan dikembalikan semula kepada kerajaan negeri. 

Beliau berkata setakat ini, tiga bidang tanah di Sarawak dan dua di Sabah telah dikenal pasti tidak dimajukan. 

“Apabila di Mesyuarat Majlis nanti yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim), ia akan dapat dimuktamadkan (sama ada dikembalikan) tetapi saya sedang memanggil mesyuarat teknikal yang melibatkan kerajaan negeri Sabah dan Sarawak bersama Persekutuan untuk memperincikan hal ini,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

4

Sukan 1 bulan yang lalu

SUKMA 2024: Sarawak Terus Cemerlang, Dahului Carta Kutipan Pingat

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi