web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


HIDE Bawa Persepsi Buruk, Musnahkan Kelangsungan Perniagaan - PPK

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2021 8:07AM

Gambar sekadar hiasan - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sistem Pengecaman Lokasi Panas untuk Libat Urus Dinamik (HIDE) yang dilancarkan kerajaan hanya mendatangkan persepsi buruk dan memusnahkan pemulihan serta kelangsungan perniagaan, kata Persatuan Pengurusan Kompleks Malaysia (PPK).

Menurut persatuan itu, arahan kerajaan supaya mana-mana premis disenaraikan dalam sistem HIDE ditutup selama tiga hari berkuat kuasa serta-merta juga disifatkan sebagai satu tindakan yang pramatang.

Katanya, arahan terbabit seharusnya ditangguhkan sehingga data digunakan dalam HIDE dan lokasi panas yang dinyatakan benar-benar tepat serta meyakinkan.

“Tidak dapat dinafikan bahawa maklumat pertama yang dikeluarkan HIDE adalah terlalu cepat dan tidak adil sehingga mencetuskan rasa panik serta bimbang di kalangan orang ramai, khususnya peniaga.

“Maklumat daripada Kementerian Kesihatan jelas menunjukkan insiden tertinggi akibat COVID-19 berpunca daripada sektor perkilangan (48.06 peratus), komuniti (12.5 peratus), kawasan pembinaan (11.56 peratus), manakala pusat beli belah dan kawasan kedai hanya (4.78 peratus),” katanya di sini malam tadi.

PPK berkata, penjelasan yang lebih tepat perlu disediakan mengenai insiden penularan antara pusat beli belah dan kawasan seumpamanya.

Menurut kenyataan itu lagi, keselamatan pengunjung sentiasa menjadi keutamaan malah semua prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan menjadikan pusat beli belah sebagai lokasi selamat untuk dikunjungi.

“Kami ingin menggesa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi supaya menggantung pengumuman sebarang maklumat yang diperoleh HIDE sehingga dipastikan maklumat terbabit adalah tepat,” katanya.

Menteri Penyelaras Program COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin sebelum ini dilaporkan berkata, pembentukan kluster COVID-19 baharu mampu dicegah sekiranya penyenaraian lokasi yang dikenal pasti diambil tindakan awal oleh pihak berkuasa, pemilik premis dan orang awam.

Katanya, menerusi HIDE, beberapa intervensi awal akan dilakukan, mencakupi penghantaran notifikasi kontak kasual menerusi aplikasi MySejahtera, kawalan pergerakan pengunjung atau pelawat dengan lebih ketat dan menghalang kemasukan mereka yang berstatus berisiko tinggi seperti yang terpapar di aplikasi tersebut. - Getaran, 9 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Jual Arak Di Pusat Beli Belah, ADUN Bidas MP

2

TARA 1 tahun yang lalu

Raikan Pengalaman Krismas Anda Di 8 Pusat Beli-Belah Malaysia

3

TARA 1 tahun yang lalu

Raikan Warna-Warni  Deepavali di 4 Pusat Beli Belah Sekitar Lembah Klang

4

Jelajah 2 tahun yang lalu

Segalanya Ada, Ini 5 Aktiviti Menarik di 1 Utama Shopping Centre

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia